Permaidani beri suasana ceria

HAMPARAN permaidani berbulu lembut memberikan keselesaan kaki dan menambah seri penataan ruang kediaman. Kehadirannya di ruang tamu, ruang makan, laluan utama dan di bilik tidur memberikan pelbagai manfaat dan mengubah suasana suram menjadi lebih ceria atau berkonsep. 1 )Motif bunga-bungaan *Sesuai digayakan untuk konsep klasik, tradisional dan moden kontemporari. *Motif bunga kedesaan Inggeris antara yang diminati ramai. *Motif makanan, buah-buahan dan kelengkapan dapur lebih sesuai di ruang dapur. 2)Motif haiwan dan karakter kartun *Hamparan yang sesuai untuk bilik kanak-kanak *Berupaya mewujudkan suasana persekitaran eksotik. lebih menceriakan bilik kanak-kanak kerana ia bagaikan sinopsis ceria. *Sesuai digabungkan dengan sofa kulit untuk hamparan permaidani corak ini di ruang tamu 3)Motif abstrak *Sesuai untuk semua konsep dekorasi *Pelengkap konsep moden, moden kontemporari dan suai padan. *Menyerlahkan penataan ringkas. *Corak yang tidak terlalu padat membuatkan suasana lebih menyenangkan. *Kebanyakan diminati generasi muda untuk penataan bilik tidur. *Sesuai juga sebagai tata hias ruang pejabat. 4) Motif ketimuran *Mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep dekorasi pelengkap konsep timur tengah, klasik atau Nusantara. *Menyerlahkan gaya eksklusif dan mewah yang anda inginkan. 5) Pemilihan dan penjagaan *Pilih permaidani terlebih dahulu sebelum membeli kemasan langsir atau fabrik sofa *Permaidani boleh berperanan sebagai pembahagi ruang dan lebih menjimatkan *Gunakan pelapik sebelum permaidani diletakkan pada setiap ruang. *Ia bagi mengekalkan kualiti dan ketahanannya. Sumber:Harian Metro 27.3.2010

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya