Bukit Cherakah

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam terletak di Bandar Anggerik,Shah Alam.Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..coz jalannya agak berbukit n rugi kalu x round2 sekitarnya (alang2 dah naik basikal kan) Antara taman-taman yang ada disini ialah taman orkid, taman kastus, ladang buah-buahan, rumah-rumah negeri di Malaysia, sawah padi. Taman Haiwan seperti Rusa juga ada kat sini.So,leh bw anak-anak jalan2 sambil belajar. Rumah 4 musim adalah antara tempat yg paling menarik utk dikunjungi.Aku ni teringin benor nak merasa suasana sejuk ala2 salji.Kebetulan masa aku ke sana musim sejuk..sejuk betul sampai keluar asap dari mulut..dah macam duduk dalam freezer jak.. Dengan perubahan musim setiap 3 bulan, pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada dinegara 4 musim. Musim Sejuk(dec-feb) Musim bunga(mac-mei) Musim Panas(jun-ogos) Musim gugur(sep-nov) Di sini juga terdapat terdapat tempat penginapan yang bernama Kampung Idaman, rumah Persinggahan dan Camar Rimba.Bagi yang gemar main Paintball juga boleh lah berkunjung ke sini.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya