Kelantan beri cuti bersalin 90 hari tahun depan

Usaha bentuk anak sihat, dapat penjagaan penuh: Exco KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan akan melaksanakan cuti bersalin 90 hari mulai tahun depan berbanding 60 hari sekarang kepada kakitangan wanitanya dalam usaha membentuk anak yang sihat dan mendapat penjagaan ibu sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar, berkata kertas kerja mengenainya sedang dalam pelaksa-naan dan yakin mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Exco kerajaan negeri nanti. Beliau berkata, kerajaan negeri yakin pelaksanaan cuti ini tidak akan menjejaskan produktiviti pekerja terbabit kerana sudah mempunyai jumlah kakitangan mencukupi yang boleh memberi kerjasama membantu kakitangan bercuti itu. Katanya, pekerja wanita perlu melalui proses pemulihan lama selepas bersalin dan cuti 90 hari yang dilaksanakan tahun depan tidak akan memberi kesan terhadap produktiviti kakitangan kerajaan negeri. "Saya akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Exco kerajaan negeri yang akan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yakin ia mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Exco terbabit. Kami menjangka pelaksanaannya tahun depan. "Peningkatan cuti bersa-lin daripada 60 hari kepada 90 hari ini penting kepada kakitangan wanita dalam memberikan mereka masa panjang untuk penyusuan anak, selain penjagaan yang sempurna kepada bayi mereka," katanya kepada pemberita selepas mesyua-rat kerajaan negeri di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Wan Ubaidah berkata, pelaksanaan cuti bersalin 90 hari itu, menjadikan Kelantan negeri ketiga melaksanakan inisiatif ini selepas Selangor dan Kedah. Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini merintis pemberian cuti bersalin kepada kakitangan wanita negeri ini daripada 42 hari kepada 60 hari. Katanya, di negara luar termasuk Eropah, cuti bersalin yang diberi kepada pekerja wanita ialah antara tiga bulan hingga setahun dan tempoh itu dapat memberi banyak masa serta ruang mencukupi dalam memberi tumpuan kepada kesihatan diri dan keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya