Pertandingan Foto Flora Malaysia 2010

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan Malaysia akan menganjurkan 'Malaysia International Floral Parade' pada 10-13 Julai 2010 bertempat di Persiaran Perdana,Putrajaya. Bersempena dengan acara ini, pihak Kementerian menganjurkan 'Malaysia Floral Photo Contest 2010'yang telah berlangsung mulai 1 April-30 Mei 2010 dengan tema 'Floral, Parks and Gardens'. Objektifnya untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik dengan keindahan dan keistimewaanya yang tersendiri di samping memperkenal kekayaan khazanah semulajadi negara di mata dunia. Setiap hasil fotografi menarik akan dipamerkan kepada orang awam melalui Pameran Fotografi Floral yang dijadualkan pada 5-18 Julai 2010 di Pavillion, Bukit Bintang,KL dan ini secara tak langsung dapat mempromosikan hasil karya setiap peserta.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya