Pesta Sukan BAC

Bermula bulan Mei hingga Jun (sekarang dan dah nak abis pun)..ofis aku menganjurkan aktiviti sukan khas utk warga Bhgn.Analisa Cukai..persaingan meliputi dua kumpulan sahaja iaitu Kumpulan A yang diberi nama Star Tax dan group B bergelar Black Hawk.
Logo-logo bagi setiap kumpulan pun ada beb..caya lah creator BAC FB..canggih sungguh idea kamu..
Aku dah tentu le duduk dalam group yang berpangkal nama aku B (Baiti..hhehhe)..sekadar nama je..aku bukan nye joint pun..wat malu je..bagi nama je tp tak main..bukan tak nak main..kalu boleh nak je masuk badminton (favourite game aku..huru B gak)..tapi disebabkan masalah tertentu yg tak boleh dielakkan maka terkubur le impian tu..game2 lain cam bola jaring and bola tampar aku kureng sikit..sejak zaman sekolah rendah lagi aku tak minat ngan game tu..serabut nak rebut2 bola ni..heeee..Insya'allah next time kalu ada peluang aku joint le..bagi mantop sket stamina tu..baru tak pancit time game..hehhe..kne start gi Gym la peh ni.. Bebalik pada aktiviti sukan ni..antara game yang dipertandingkan ialah Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal, Carom, Dart dan Congkak.
Perlawanan badminton yang telah diadakan pada 5.6.2010 di Gelanggang badminton blok Utara, Kem.Kewangan. StarTax menang.
Carom: Dijuarai oleh StarTax..lokasi Bilik Kelab BAC, tingkat 7.

Perlawanan bola jaring yang bertempat di Taman Pancarona, Putrajaya. Pemenangnya StarTax.

Dart : StarTax menang jugak..lokasi Aras 8,Kem.Kewangan.
Berdasarkan catatan digambar-gambar di atas, wat masa ni adalah diketahui bahawa group A..StarTax telah mendahului..just tinggal satu game je lagi yang belum selesai iaitu Congkak. Group B hanya mengungguli Futsal dan bola tampar (maaf tiada gambar dapat dipaparkan). Nampaknya peluang untuk mereka amat cerah untuk bergelar Juara..Naib Juara dah tentu le group B..Black Hawk..dua group tu jer yang adenya pun..
Buat pemain-pemain semua yang menjayakan aktiviti ini tahniah diucapkan..majulah BAC utk sukan..Tahniah juga buat Juara..tahun depan may be Black Hawk pulak..Insya'allah.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya