Makan Lebihan Anak..

gmbr:kesian x?kite senang2 je nak buang mknn.. Aq penah ditegur sebab makan nasi yg ank aku xabis mkn..s'setengah individu dlm masyarakat lebih mengutamakan prinsip adat daripada prinsip adab...dorang lbih bimbang kalau2 termakan sisa anak cz takut si anak tersebut menjadi kurang adab dan tidak mendengar kata2..Betulkah camtu??

Satu weblog yang aku terbaca tentang pendidikan anak-anak. Dr Dato Fadhilah Kamsah ada memberi pendapat bahawa anak-anak dahulu lebih terdidik kerana makan sisa emak. Ibu bapa dilarang memakan sisa anak.Petua ini telah lama aku dengar dan memang aku setuju pada mulanya. Tapi bila fikir balik , didik anak tidak semudah makan lebihan emak atau tidak makan lebihan anak. Tidak semudah itu.Petua lama biarlah jadi petua lama dan kita tak seharusnya mengharapkan petua lama sahaja untuk mendidik anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disebabkan xbek membazirkan..aku mkn gk..bukan xamik tahu pesanan tu..dalam hal ini..kalau sekiranya sisa makanan tidak dihabiskan oleh sesiapa tetapi dibuang..tidakkah itu dikira membazir?tidakkah membazir itu cukup jelas larangannya di dalam ajaran agama..lain halnya kalau lebihan yg dimaksudkan oleh pertanyaan di atas ialah lebihan yg telah dibuang di dlm tong sampah dan bercampur dgn benda2 kotor..maka kalau diambil semula dan dimakan sudah tentu jelas sekali tidak dibolehkan.. Ade gak pendapat yang kate dibolehkan makan lebihan anak ni.. kerana tidak ada mana2 sandaran yg melarang perbuatan sedemikian..xperlu risau anak tersebut akan mlawan atau tidak mendengar cakap kedua orng tuanya..ini sebenarnya tidak lebih dari kepercayaan adat semata-mata..boleh utk mengikut adat masyarakat sekeliling selagimana tidak bercanggah dgn ajaran islam.. Macam mane tu yeeeea...????

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya