PELARASAN=>KENAIKAN ASTRO..JULAI NANTI

ARITU CUKAI PERKHIDMATAN DINAIKKAN 6%..SO NOW APE PULAK PELARASAN TERBARU UTK PAKEJ YG ADE? 
KELEMAHAN:CERITA MASIH BANYAK YG DOK ULANG2..TIME HUJAN STILL PROBLEM..

Pengendali perkhidmatan televisyen berbayar ASTRO akan membuat pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung pada pakej pilihan pelanggan.

ASTRO dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam langganan mereka ekoran pelarasan tersebut.

Pek Famili yang memberi akses kepada 38 saluran dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan.

Menurut ASTRO, pelanggan boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang direka khas bagi menawarkan pakej ASTRO yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan rakaman video peribadi (PVR).

Pada harga RM125, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, tiga pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

Ketua Pegawai Operasi ASTRO Henry Tan dalam kenyataan itu berkata pelarasan harga adalah perlu berikutan dengan kenaikan kos kandungan global dan tempatan yang semakin meningkat termasuk hak penyiaran acara sukan.

-- BERNAMA

Comments

menci betul..suma naik..gaji mcm tu jugak..kekdg sampai negetif jadiknya...nak pinjam info leh..??
ftdanisha said…
@Ilhamny.com yup tahun brg naik..gj je yg xnek2 lg..can la
Anonymous said…
Salam 1 ………..
Malaysia..
sebut betul2 kawan2 lagi skali:
Salam 1 ………..
Malaysia..

Lemah lembut je korang nye komplen…
Ni lah rakyat 1 Malaysia… angguk jelah
Kalu baca REPLY kat BHarian lg geli ketiak aku… npk sgt x Genuine (wei editor BH ko tulis sendri ek komen … cam … SAMALAH buat dasar dan sendri sokong … sendri wat klakar sendri gelak)

Brapa kali dh NAIK HARGA x customer concern…
Alasan bg tambahan channel yg rakyat x pernah mintak…
Skg lg teruk dh BANYAK IKLAN … wei sengal ni SIARAN BERBAYAR la bukan free cam signak KPen 1 …
Dh lah signal teruk … Siaran Singapore, Indon, Thailand pun bleh spi M’sia.

Kerajaan 1 … LAGI BAGUS x bleh harap nk jaga rakyat…
Asal perut sendri kembung sudah… –doakan membusung lah
Ingat dia dh ambil berat (proactive) RAKYATsederhana nih rupanya hampeh. Call pusat ADUAN KPDNHEP dia sokong astrosembelih plak (bukan customer / rakyat) pastu dicampak nye kita ke kementerian penerangan pulak. Di Kem. Penerangan pun same pastu dh malas nk buat keje disuruh send complain online & tah hape2 lg.

Bertindak jelah tanpa banyak cekadak… ke dah kena cucuk hidung & perut?????????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KPDNHEP:
|Hotline: 1-800-886-800 | Tel: 603-8882 5500 | Faks: 603-8882 5762

K Pen.:Tel : 03-26127600 Faks : 03-26935114
Korang call plak .. ckp along kim slm


Kita STOP Astro
Kalu NAIK JUGAK (x reti base) nanti kita PANGKAH je lain lupa KERAJAAN tu RAKYAT (tindakan terlembut)…

Dh post banyak tpt ni:
Kalu x bekesan jugak kita bawak PBB ek.. konvensyen geneva

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya