Penutupan Jalan sebab Konsert AF kat Putrajaya

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilakukan oleh pihak Perbadanan Putrajaya( PPj) secara berperingkat mulai :

 Pada 5 Jun 2011(Ahad) sehingga 8 Jun 2011(Rabu) bermula
jam 2.00 petang- 12.00 tengah malam bagi laluan seperti berikut :

i) Laluan persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN), Presint 3 ;

        dan

ii) Penutupan terus kedua-dua belah laluan yang dinyatakan mulai 9 Jun 2011(Khamis) sehingga 13 Jun 2011(Isnin) mulai jam 12.01 tengah   malam sehingga jam 6.00 pagi.

Untuk makluman, penutupan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja lojistik oleh pihak ASTRO yang akan mengadakan Konset Akademi Fantasia 9(AF9) di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada 12 Jun 2011 bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam.

Pengguna adalah dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakan sebarang kesulitan.

Harap maklum, terima kasih.

p/s hadohai..sibuk jele nak berkonsert2...sejujurnya aku tak minat AF...hahahah.. melambak2 rancangan realiti hiburan..OMG

Comments

WuMing said…
Dia orang nak berhibur... ganggu pengguna jalan pulak kan?... Orang bayar roadtax tau...
ftdanisha said…
@WuMing Ptrajay ni kecik..sikit2 tutup jln..nyusahkan org..kne cr jln len,,

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya