Bonus OR Duit Raya
Rasanya semua orang dah tau pasal pengumuman kerajaan tentang Bonus 1/2 bulan gaji yang mana akan dibayar sebelum raya nii..wat pesara dorang dapat RM500..
Setelah 2 tahun menunggu baru ni le kita dapat merasa nikmat BONUS tu..syukur dengan pemberian tu..tetapi mungkin ade yang dipersoalkan..yelah jika diikutkan dengan gaji banyak perbezaan antara yang berpendapatan rendah dan golongan atasan..rasanya lebih adil pengagihan tu diberi sama rata..biar semua puas hati dan takdele nampak jurang nilai RM ketara sangat..yang gaji besor tu senyum lebih le..
Ok tu ketakpuasan hati dr segi pemberian..tapi ade gak yang mengambil kira golongan pegawai dianaktirikan dlm pemberian bonus...last dapat bonus?
Ape pun kita bersyukur dengan ape yang ade..dan diharap kakitangan gomen dapat merancang perbelanjaan walaupun harga barang sekarang lebih besar nilainya dr apa yang ada..ramai yang dah berkira2 untuk bayar itu ini...Pada aku lepas la duit minyak dan tol untuk pulang ke kampung dua2 belah pihak..Duit raya tu bajet kurang la...haha..anak buah je dah ramai 20 orang..huh
p/s Mungkin bonus kurang untuk support kenaikan gaji...mane tau..so bajet utk bonus dikurangkan (GAMAKNYELE)..
Comments