Posts

Showing posts from January, 2012

5 perkara yang dikemukakan oleh CEUPACS dalam semakan semula

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).  Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah. Lima perkara terbabit ialah: mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA;  mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus  semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred. {BHARIAN}

Gaji penjawat awam masih SSM hingga semakan SBPA muktamad!

Pembayaran gaji penjawat awam mulai Februari akan dibuat berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.   Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari. "Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," menurutnya. Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam

Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment

Ok.Ni dah cam kire main aci nyrok ke aci jadi ke.cak cak..boleh lak gitu..sesuke hati je..kesian orang gaji yang dah wat keje..antor cek kat bank bagai..ni tetibe leh lak ade kate ditangguhkan bayaran 31hb tu..korang bacele sendiri..terbakor je.. Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment. Thursday, January 26, 2012 12:30 Assalamualaikum dan salam sejahtera YBhg. Dato' / Tuan / Puan Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment. Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini. Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Aka

Perbezaan gaji SBPA dapat ujung bulan ni??

Image
Korang dah check ke penyata gaji terkini untuk perbezaan tu.Masing-masing ade yang dah leh tengok dan ade jugak yang masih belum update kat sistem tu.Insya'allah 31hb ni dapat le perbezaan gaji tu..dengar cite next month gaji baur..yeke??confiuseee Amacam?ada bagus ka?Actually aku masih blur2 dengan kenaikan ni..ehhe..gamaknye ape le perubahan after SBPA yang dikaji sekarang ni lengkap sepenuhnya.Hope ade lagi magic kan..mane tau lagi up ke kenaikan..jangan tetibe kurang udah..Harapannya pasukan petugas khas SBPA dapat memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan. updated:DAH CANCEL PUN..!!tunggu jele after PRU ke pe kot baru dapat gj baru..sekian terima kasih.

kaji SBPA lagi..PM sedia timbang kenaikan gaji dan bonus

PM memberi tempoh tiga bulan kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru.Sebelum ni ramai yang tidak berpuashati dengan skim tersebut. Kali ni penambahbaikan ni akan mengambil kira respon dari semua pihak. Alangkah bagusnya kalau awal-awal lagi sebelum bajet dibentangkan dorang wat gini.Tak de le membazir masa dan kena kritik.Gaji tak naik lagi,tapi disebabkan oleh war-war semasa bajet orang gomen naik gaji,harga barang meningkat.k,kalau oprang gomen naik gaji sikit dan dapat bonus,begitu le lumrahnya.Kecoh!At least 'kegembiraan' ni dapat dikongsi bersama peniaga..kita leburkan duit kat depa..ye dak?Mudah-mudahan kali ni akan lebih memberi kepuasan kepada semua penjawat awam. Selain itu dikatakan juga pihak kerajaan bersedia menimbangkan pemberian gaji dan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam, tetapi ia perlu selari dengan peningkatan produktiviti perkhidmatan masing-masing

Langkawi:Dataran Lang..ok Dah Nak Balik

Image
..Memandangkan dah book tiket awal2 lagi untuk balik,ade masa lagi..so lepak2 jap kat Dataran Lang...amik angin pulau Lang..Dataran ni terletak di Jeti Kuah..kat sini dah nampak sebesar2 nye burung helang..mercu tanda Langkawi tarikan utama dataran ini ialah arca burung helang.Langkawi mendapat nama daripada  nama 'Lang' singkatan daripada helang.Manakala 'kawi' bermaksud coklat.Jadinya helang coklat.Arca ni umpama 'penyambut tamu' bagi yang datang ke Langkawi. My family.. L A N G K A W I..terukir kenang indah di sini Kami dah nak balik...selamat tinggal LANG..

Langkawi:Shopping Time

Image
HAJI ISMAIL GROUP (HIG) kaler hijau bangunannya..juga antara tempat yang sering dikunjungi untuk menghabiskan duit..awas ye kalu rambang mata dan belanja tak ingat memang lebur le jawabnye-gambor google My husband tengok je..last2 beli jugak beg ni..mak mertua aku pun rembat sebuah..kot ade rezeki pegi haji ke akan datang katenye..senang..ok,beg kat sini memang murah..berbagai size dan harge mengikut size la.. Coklat menjadi antara barangan yang wajib dibeli ketika di Langkawi..beraneka pilihan..ade duit lebih boleh la beli yang mahal cikit..nak murah amik brand HIG je..hehe..apepun kene  tengok gak yerk..gambor google  IDAMAN SURI Idaman Suri dan plastik birunye dah jadi trademark..aku pun turut membawa pulang  plastik biru ni dengan memborong dinner set, tea set,sudu dan garpu...heheh..rambang mate ooo dok sini..ikut hati banyak yang berkenan tapi memikirkan nak mengangkut balik kang,jenuh aih..duit pun laju je haaa-gambor google BERAS TERBAKAR banyak ked

JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN NEGERI PERAK

Ade keje kosong lor kat pejabt gomen Perak..tapi sayang nye takde yang berkaitan dengan aku..ish..ish,...sedey..if tak leh apply gak..takpele kasi chance pada yang sednag mencari keje..untuk sementara tu leh la kutip pengalaman kan coz semua jawatan ni bertaraf kontrak..cube saja le daripada dok buang karan kat rumah tu..sementara nak dapat yang lebih baik dan tetap..bukan senang sekarang ni..persaingan banyak. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut: 1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J1-2 dan Gred J1-1 2. Pegawai Teknologi Maklumat  Gred F1-2 dan Gred F1-1 3. Juruteknik Perancang Bandar Dan Wilayah  Gred JA3-1 4. Juruteknik Komputer Gred FT4-1 KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2012

CUEPACS mahu penjawat awam diberi borang baru

SERDANG: CUEPACS menggesa semua ketua jabatan yang sebelum ini mendesak kakitangan menandatangani borang penerimaan tawaran Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), diberikan borang baru untuk ditandatangani semula.  Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ia membabitkan kakitangan awam yang menandatangani skim berkenaan sebelum 30 Disember lalu yang kebanyakannya tidak diberikan penjelasan dan pemahaman jelas berhubung skim yang ditawarkan. “Mereka yang dipaksa menandatangani borang tawaran tanpa tidak meneliti skim itu perlu diberikan borang baru dan menandatangani semula opsyen berkenaan. Sebelum ini, mereka diminta menandatanganinya secara terburu-buru dan tidak melihat skim serta diberikan formula kenaikan gaji yang tidak tepat. “Jadi, kita minta ketua jabatan terbabit memberikan borang baru yang menyatakan dengan jelas lampiran skim kenaikan gaji dan gred (SPBA) supaya mereka boleh menandatangani semula kerana tempoh penerimaan skim dilanjutkan hingga 15 Januari ini ,” katanya

Gaji Januari SSM..gaji SBPA Februari?

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini. “Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012,” katanya. Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Langkawi-Galeria Perdana

Image
GALERI INI MENEMPATKAN BARANGAN KOLEKSI PERIBADI YAKNI HADIAH-HADIAH/CENDERAMATA YANG DITERIMA OLEH TUN DR MAHATHIR  My husband dengan bangganya bergambar kenangan bersama antara frame khat yang ada..hok ni katenye dia yang wat masa bertugas sebagai Executive Marketing ngan sebuah sykt coper craft time bujang dulu2....memang wat bende2 gini le..actually aku tak percaya gak ape yang dia cakap..tapi bile tengok style frame and tulisan jawi tu..betul le,same je paternnye cam yang ade kat rumah aku and mentua..ehheh ni bukan boye betul ye..replika buaya daripada kayu ni dihadiahkan kepada TDM daripada Perdana Menteri Papua New Guinea pada 2.4.1996   Danish khusuk melihat kereta kesayangannya..F1 Petronas..cari ilham untuk reka kereta lumba sendiri Ini adalah salah satu lukisan yang  ada dalam galeri TDM ni..lukisan ni  istimewanya diperbuat daripada kain sutera..dihadiahkan oleh Presiden Maruberi Corp.Japan, En Tomio Tatsuno Actually galeri ini ade 2 tingkat dan 2 blok b

Langkawi-Cable Car@Gunung Mat Chinchang

Image
Kaunter untuk beli tiker..sebanarnya mas apegi tu ramai yang menunggu dan sanggup beratur panjang untuk beli tiket nek cable car ni..tapi kaunter terpaksa ditutup sementara kerana keadaan tak mengizinkan untuk perjalanan cable car..angin kaut time tu..melepas lagi le aku nak nek bende alah ni Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantara pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu malam. Disebabkan tak dapat nek kereta kabel dan dah malas nak tunggu so jenjalan je le kat area tu..tengok Oriebtal Village..tengok tasik yang penuh ngan teratai layu di tasik madu beserta ikan2 nya ladang rusa ade gajah..leh tunggang tau..tapi tak masuk pun ade gak hariamu..aummmmmmmmm degil benau kau ni pak belang..hah amik..den piat2 telinge kamu..aumm.aumm..tercengan kau pak bel

Umai D'Lake Cafe

Image
Tengahari semalam husband mesej ajak makan..tapi cam biasa aku yang kene pikior kat mane nak  akan..disebabkan malas nak keluar jauh aku pilih Umai depan ofis ni je..Bagi yang tak tau Umai ni kat mane..kalu lalu jambatan Penang ni (ala2) akan nampak semacam satu menara ala2 roket tak nak terbang..ha tu la menara monumen alaf baru..tepi tasik..dekat gak ngan masjid Tuanku Mizan@masjid besi..kat situ lah bertapanya cafe ni..parking ok je..view memang tenang le coz ngadap tasik kan..makan pun ok dan harga berpatutan. buku menu..macam-macam ada..ikut tekak dan poket je di tengahari buta laki aku pilih mee goreng mamak je..gambar agak kabur..tapi nampak cam sedap je walaupun aku tak try rasa.. aku lak pilih kueyteow kungfu..tak dele sampai berkung fu pun makan bende ni..meriah ngan kuah disebabkan cam dah lame tak pekene tembikai and teringin lak..so aku pilih air tembikai and my husband carrot susu..ade ke dia suh aku minum air carrot susu..aku tak minat bende yang terang