Dari Taiping ke Kuala Perlis dan Langkawi

Hi..ini adalah entri cuti2 yang dah basi tahun lalu..Kali ni aku mengambil kesempatan bercuti ke Langkawi pada 25-27hb Disember 2011.Langkawi merupakan sebuah pulau peranginan bebas cukai yang terletak di Kedah.Pulau ini kaya dengan keindahan alam semulajadi dan tempat lagenda.Banyak tempat menarik yang patut dilawati,tapi masa 3 hari itu memang tak cukup untuk jelajah semuanya...ok jom jenjalan..
bertolak dari Taiping dalam kul 9 pagi dan tiba di jeti Kuala Perlis  kul 1pm..nasib ade kekosongan parking di situ..bayaran parking adalah sebanyak RM10/hari..so kami dikenakan RM30 la untuk 3 hari sidai kereta kat situ..dengan bantuan pakcik kepada member ofis aku dapt gak kami tiket feri on the spot..naik feri 1.30pm..tiket berharga RM18 untuk dewasa dan RM13 bagi kanak-kanak


menyusuri pulau sepanjang perjalanan ke Langkawi..kehijauan yang mendamaikan..indahnya ciptaan Tuhan..masa perjalanan adalah dalam 45minit untuk ke jeti Kuah
tiba di Langkawi..perhh..cepat pulak rasanya perjalann..yele Kuala Perlis kan lebih dekat berbanding Kuala Kedah..so tak perlu le lame2 kat laut tu
Inilah kereta kami di Langkawi..Dah sampai terus gi kat kaunter kereta sewa kat jeti tu..kitorang dah book Avanza ni awal lagi..bayaran adalah sebanyak  RM180/hari..kitorang gune kereta ni sampai hari nak balik ..so bayaran dalam RM360..deposit kene RM50..masa pulangkan kereta dapat balik deposit tu ye..ok..time untuk gi check in kat hotel..daaaaaaa..jumpe lagi

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya