Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment

Ok.Ni dah cam kire main aci nyrok ke aci jadi ke.cak cak..boleh lak gitu..sesuke hati je..kesian orang gaji yang dah wat keje..antor cek kat bank bagai..ni tetibe leh lak ade kate ditangguhkan bayaran 31hb tu..korang bacele sendiri..terbakor je..
Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment. Thursday, January 26, 2012 12:30Assalamualaikum dan salam sejahtera YBhg. Dato' / Tuan / Puan Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment. Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini. Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta. ( Cek dan juga EFT) Sehingga kini, lain-lain perubahan LPC hendaklah menggunapakai skim SSM. Sekian, untuk makluman dan tindakan segera YBhg. Dato'/Tuan/Puan. Terima kasih. Wassalam.
Bile check sistem penyta gaji tu..memang sah dah takde slip yang baru nak 'hangat' tu...orang kata tak dan nak 'panas buntut'..dah hilang pun slip tu.Sape nak jawab.Ape cer sebenar.Betulkah ini???

Comments

Yaya said…
ish ish ..memang tebako..lepas ni kita bako kita bako hehehe
Nurul Ashikin said…
10 kiu sbb sudi folo strawberi susu dan tebu manis... nih kiranya kita dah jadi kawan k set~
Da macam main tarik tali le pulok.. tapi takpelah.. kalo ade rezeki kite nak merase gaji SBPA tu.. ade la.. buat ape nak mengharap sangat mende yang bukan depan mate.. sedangkan makanan yang nak disuap ke dalam mulut pon buleh terjatuh kalo da tertulis ianye bukan rezeki kite...
Zee Zai said…
plak dh...tgu n tgu jerlah jwbnya
hehe mencilok jap tq sudikan follow blog qisahkami

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya