LAGU KEBANGSAAN NEGERI PERAK

Lagu Kebangsaan Negeri Perak adalah lagu rasmi.Dulu aku selalu nyanyi time perhimpunan.Lagu ni irama dia cam lagu Negaraku.Ade yang kata lagu Negaraku asalnya dari Perak,cuma diubahsuai lirknya.Bangga ye!Berikut adalah antara sejarah lagu kebesaran Perak ini.
Lagu Kebangsaan Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916), Sultan Perak yang ke-28, semasa baginda berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadiri kemahkotaan Baginda Permaisuri Victoria pada tahun 1888.
Setibanya rombongan diraja di London, sebagai persediaan, wakil Baginda Permaisuri Victoria telah meminta daripada Raja Ngah Mansor ibni Sultan Abdullah, Juruiring Kepada Sultan ldris Shah, nota Lagu Kebangsaan Negeri Perak (Darul Ridzuan) untuk dimainkan semasa baginda berangkat masuk ke majlis-majlis rasmi yang akan diadakan di Istana Permaisuri kelak.
Pada masa itu, Negeri Perak (Darul Ridzuan) tiada mempunyai Lagu Kebangsaan. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan, di atas kebijaksanaan dan daya usaha Raja Ngah Mansor, telah menyatakan bahawa beliau terlupa membawanya dan sekiranp wakil Baginda Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat notalagu, beliau boleh membunyikan secara bersiul. Lagu yang disiulkan oleh Raja Ngah Mansor ialah sebuah lagu yang sangat-sangat digemari oleh penduduk-penduduk NegeriPerak (Darul Ridzuan) pada waktu itu dan semenjak itu juga lagu yang menjadi kegemaran ramai itu menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak Darul Ridzuan, yang dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya di Majlis Kemahkotaan Baginda Permaisuri Victoria di London.
Lagu yang dimainkan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak Darul Ridzuan itu ialah lagu'Terang Bulan'.Bagaimana pun terdapat sejarah yang mengatakan bahawa Lagu Kebangsaan NegeriPerak ini sebenarnya berasal dari sebuah lagu Perancis bejudul Rosalie yang pada suatu ketika dahulu popular dimain dan dinyanyikan oleh penduduk di Kepulauan Scychelles. Pada masa itu, Kepulauan Scychelles berada di bawah pemerintahan Kerajaan Negara Perancis. Lagu Rosalie dipercayai telah dibawa pulang ke tanah air oleh kerabat dirajaPerak yang mempunyai perhubungan diplomatik secara tidak langsung dengan pemerintahan Kepulauan Scychelles. Pada tahun 1877, Sultan Abdullah Muhammad Shah II (1874-1877)Sultan Perak yang ke-26, yang didapati terbabit dalam kes pembunuhan Residen British yang pertama, J.W.W.Birch, telah ditawan dan diasingkan ke Pulau Scychelles bersama-sama dengan beberapa orang besar-besar. Raja Ngah Mansor, yang dikatakan 'mencipta' Lagu Kebangsaan Negeri Perak, adalah salah seorang daripada dua orang putera daripada perkahwinan Sultan Abdullah Muhammad Shah II dengan Raja Tipah. Putera yang lain itu adalah RajaChulan. Raja Ngah Mansor adalah kekanda Raja Chulan. Sultan Abdullah Muhammad Shah II berada dalam buangan di Pulau Scychelles kira-kira 17 tahun, dan baginda dibenarkan balik ke Tanah Melayu pada tahun 1894 dan bersemayam di Singapura. Kemudian baginda pindah ke Pulau Pinang, dan pada tahun 1922 baginda telah dibenarkan balik bersemayam di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Semasa bersemayam di Singapura, baginda kadang-kala dihadap oleh putera-puteranya. Raja Chulan pula pernah berkunjung beberapa kali ke Pulau Scychelles untuk menemui Paduka ayahandanya dan dipercayai pernah juga mendengar lagu tersebut serta mengingati melodi dan muzik lagu itu.

-sumber:Portal Raja Kita


Lirik dan Video

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya