Posts

Showing posts from March, 2012

Akhirnya Pekeliling Kenaikan Gaji bil. 1/2012 kelu...

MEMORI FD: Akhirnya Pekeliling Kenaikan Gaji bil. 1/2012 kelu... : Setelah pengumuman kenaikan gaji berlalu pada bulan Mac,penantian kepada bila pula gaji baru akan dikeluarkan dan pekeliling yang membukti...

Akhirnya Pekeliling Kenaikan Gaji bil. 1/2012 keluar jugak

Image
Setelah pengumuman kenaikan gaji berlalu pada bulan Mac,penantian kepada bila pula gaji baru akan dikeluarkan dan pekeliling yang membuktikan hitam putih akan kenaikan gaji masih belum ada.Setelah pihak CEUPACS memohon JPA akan mmenyegerakan pekeliling,akhirnya pada 3o Mac semalam keluarlah segala isi berkaitan kenaikan gaji termasuk pengiraannya. Pengiraan pemindahan gaji turut disertakan..siap boleh kira kat situ..dan anda akan mendapat jumlah gaji baru pada 1 Januari 2012 gaji pokok (31.12.11) x 13% pengiraan pemindahan gaji  {rujuk sini} PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.1/2012-KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM DI BAWAH SARAAN AWAM Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pela

Kemangkatan Anakanda Sultan Perak,Raja Ashman

Image
Baru terbaca tentang kemnagkatan Raja Kecil Sulong Perak..Raja Ashman..sebagai orang Perak,kemangkatan pewaris ke-4 takhta diraja ni pasti juga kan dirasai oleh rakyatnya..Al Fatihah Anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara, kira-kira jam 1.30 pagi tadi akibat serangan asma. Baginda yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin, seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. Jenazah Almarhum akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

Audit 5S Lagi Dan Lagi

Image
Dalam bulan ni je aku rasa macam berkali-kali lak audit 5 S ni diadakan..hari ni baru je lepas kene audit..busy gakle nak 'berlakon' mengemas tempat dan segala fail juga doket..tempat jadi tumpuan kene le buat baik-baik Kemain dia check nooo..cer buke drawer,dengan akurnya aku pun buke le drawer ni..fuh,nasib bek dia kate ok.peh tu ade la test carian fail..30 saat,sib bek ade pencari fail tu yg carikan..dalam masa ditetapkan.. Eh lagi dia check sistem pergerakan fail kitorang..alhamdulillah ok..nasib dia faham kalu dak jenuh nak menerang..then dia pun snap le kat pc aku ni..kasi dekat sikit amik gambar tu..alamak baru aku perasan yang ade file takde marking ape2 tindakan n tarikh..agknye dia perasan x nt erk..kalau dia perasan tadi maunye dia menanya aku kenapa kosong..erk..nak jawab pe.. Minggu depan ade open house 5S..jangan ingat makan-makan tu ye..ni orang kuat Kementerian nak melawat bahagian-bahagian terpilih..hadehh..kene siap sedia la..kemas-kemas sikit..

Tempoyak..kegemaran orang Perak juga Pahang

Image
Tempoyak merupakan asam ayang berasal dari isi durian.Ianya diasingkan biji dan kemudian disimpan dalam bekas untuk beberapa hari.Ada yang letak gula dan ade yang biar ori gitu je.Gambar diatas tu tempoyak yang aku import dari rumah mak aku..aku amik sebalang..tapi yang makan cuma aku dan si puteriku Darwisyah..yang si teruna memang budak bandor le sangat sume bende berbau tak makan. Orang Perak dan Pahang antara penggemar tempoyak.Tempoyak sedap dimakan bersama sambal,dicampur dalam masakan ikan seperti gulai patin, sambal ikan bilis dan pais. Ini adalah antara hasil masakan berasaskan tempoyak.Semalam member bagi ikan patin,dengan semangatnya aku wat masak ikan ni.Namanya patin masak tempoyak.Makan dengan nasi panas dan ulaman juga sambal sudah membuakkan selera.

Kek Biskut Merie Danish

Image
Minggu lepas pada hari Jumaat Danish bagitahu aku yang dia wat  kek biskut merie kat sekolah.Macam biasa bila balik rumah aku akan tanya dorang apa yang dorang buat kat sekolah.danish pun cerita lah pasal biskut merie tu.Aku suruh dia cerita dan dia pun lukis la ape yang dia ingat.Dia memang suke melukis.Ceritalah dia bahan-bahan yang cikgunya gunakan...ada biskut merie coffe,milo,gula,air,pinggan.Dia cerita dengan semangatnya camner nak buat. Untuk menguji ingatan dan kerajinan dia,aku pun ajak le dia wat kek tu same-same.Memang excited anak teruna aku ni ajak aku buatkan.Siap patahkan biskut2 merie tu tanpa diarah..padahla susu dan milo belum dibeli pun lagi.Tak cukup bahan la.aku pun suh papa belikan.Dah beli Danish cepat2 suruh aku tolong buat.Sediakan bahan dulu yer.. Bahan-bahan : 1) 1/2 buttercup..aku gune mentega je sikit..ikut suke hati 2) milo..depend pada banyak mane ko nak wat 3) susu pekat 1/2 cawan..ikut banyak mane yang ko nak wat..kalau tak guna gula..buh

JAWATAN KOSONG: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi 321 kekosongan jawatan seperti berikut: 1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Gred S41 (10 kekosongan) 2. Penghulu Gred NP27 (25 kekosongan)  3. Pembantu Pertanian Gred G17 (16 kekosongan)  4. Pembantu Veterinar Gred G17 (8 kekosongan)  5. Renjer Hutan Gred G17 (5 kekosongan)  6. Juruteknik Komputer Gred FT17 (2 kekosongan)  7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 (6 kekosongan)  8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 (54 Kekosongan)  9. Pembantu Tadbir (Kewangan) (30 kekosongan)  10. Pembantu Akauntan Gred W17 (2 kekosongan)  11. Pengawas Hutan Gred G11 (29 kekosongan)  12. Penghantar Notis Gred N3 (21 kekosongan)  13. Pekerja Awam Khas Gred R3 (33 kekosongan)  14. Pemandu Kenderaan Gred R3 (80 kekosongan) PERMOHONAN HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA ONLINE DI SINI

Fradoo ABC special Medan Selera Sekyen 2,Shah Alam

Image
Tengok gambar ja dah terliuq!Disebabkan keinginan yang membuak2 terhadap ABC special yang selalu kitorang makan kat Shah Alam,maka Sbatu baru ni selepas saja selesai uruskan hal rumah kat Bandar Saujana Putra,kitorang terus ke Shah Alam..ABC special ni memang terkenal kat sini dan lokasinya adalah di Medan Selera Seksyen 2..ianya berdekatan dengan UiTM dan Wet World..dulu lokasi ABC pilihan kitorang kat depan Wet World tu..tapi dah pindah ke medan selera ni..    Gerai pilihan kitorang ialah Fradoo ABC no.14..gerai lain pun ade gak jual ABC special gini tapi aku belum cube lagi..selalu gi gerai ni jer...tak salah kalau nak mencuba yang lain kan..ok nanti aku nak pergi lagi test gerai lain lak how.Gerai ni dimiliki oleh En Abu Bakar Yusof.Kat Fradoo ABC ni ade 3 jenis ABC,special yang ade serba serbi yakni aiskrim dan limpahan coklat cair (RM3)..ni aku suke..regular pulak takde aiskrim dan coklat cair tu (RM2.50) dan klasik pula ABC biasa2 je,basic bahan RM2). Selain tu minuma

Pasar Borong Selangor

Image
Malam tadi keluar gi pasar borong yang terletak di Bandar Putra Permai,Seri Kembangan..aku selalunya akan kesitu untuk beli stok barang dapur..banyak plihan dan harganya pun berpatutan Pasar ni agak sibuk diwaktu malam dan dibuka 24 jam..Ade bahagian sayuran,ayam,ikan,daging,buah-buahan dan barang kering  ssayuran  keli sekilo rm5 mulut ternganga  ikan ape ni?besar dah cam paus lak..ade ke orang beli

Akuarium di Shah Alam..baru kutahu ada harga ikan cecah beribu ringgit!

Image
Hari ni pergi jalan-jalan kat Akuarium di Shah Alam.Terletak bersebelahan dengan Wet World dan Tasik Shah Alam.Saje round2 sini,sambil tengok perubahan yang ade pada Wet World tu..ade yang belum ready untuk digunakan.. Nak masuk akuarium ni tak perlu bayor melainkan nak ikan je kene bayar le..macam-macam ikan ade dari yang murah hingga lah ke ribuan ringgit..perhhh gile,ikan je mahal riban!lepas duit belanje gi pasor nie..Buat pecinta ikan disinilah tempat yang terbaik untuk anda menambah koleksi mahupun membeli alatan berkaitan penjagaan ikan..Untuk pembelajaran bagi anak-anak kenal hidupan air ni pun bagus jugak..luaskan pemikiran dorang.. Ni namenye Polkadot Stingray..pari hitam ade dot warne putih..harge yang dipamerkan kat situ dalam RM4988..uhhh..uhhhh..uhuk..ade lagi yang mahal spesies ni.. Ha ni le pari polkadot termahal..namanya panjang sikit..Black Diamond Polkadot Stingray..sepasang..harga RM18888.00..huiyoo..ape yang mahalnya aku tak tau la..sebab ade diamo

Ikan Pekasam

Image
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. {wiki} Ikan pekasam diperbuat dari peraman garam dan beras yang digoreng..ikan yang sudah dibersihkan akan diperap dengan garma untuk tempoh tertnetu supaya tulang dan isinya lembut serta kekal lama..kemudian baru diperap bersama beras yang digoreng dan dikisar..perap lah lagi sehinggalah jadi pekasam ;p Ini adalah ikan pekasam yang aku dapat dari mak mentua time balik kampung baru-baru ni..buatan sendiri..mak mentua aku memang pandai wat ikan pekasam ni..ikan tu pulak selalunya hasil pancing pak mentua..dia memang suke memancing..Ni ikan puyu kot sebab dia kecik (memandai je aku...nampak sangat aku tak kenal ikan..tau makan je).Ikan lain yang selalu digunakan ialah lampam,talapia,terubuk dan lain-lain. Ikan pekasam

Buah Keduak@Kerdas

Image
Sape pernah dengar dan makan buah geduak, genuak @keduak..aku pun tak pasti ejaaannya camner...tapi bunyi gitu le..ni panggilan orang utara,nama lain buah kerdas..aku memang tak pernah makan..tapi my husband makan..baru ni balik kampung husband,mak mentua tapaukan buah keduak ni untuk dibawa pulang ke Putrajaya... Untuk pengetahuan kerdas ni dijadikan ulam..memang menambat selera la bagi penggemar ulaman gini..bau usah cakap le..memang 'harum' semerbak..ni kire adik beradik petai dan jering..  cam ni le rupe buah tu..kulit warne hijau,agak keras dan liat..tapi senang je nak bukak..isi kat dalam nye ye ha ni le isi  buah geduak ni..kalau dah tua agak hitam sikit kulit isinye..warne seakan jering gak..tapi isi keduak kecik2 je..agak2 korang leh tak 'masuk' ulam ni..petai tu aku ok lagi..jering ngan keduak ni je tak pernah rasa..teringin gak tapi takut..perut den tak tahan sikit...satu lagi bau tu yang kureng..

Makan-makan Di Taman Maju Jaya,Dato' Harun,PJ

Image
Ni time pegi melawat mak sedara husband yang akan bertolak ke Mekah menunaikan umrah..so dia belanja la kitorang makan kat kedai berhampiran rumahnya kat dato'harun,PJ..layan jele makan pelbagai masakan..berasaskan ikan yang dipancing oleh pak sedara husband aku..dia just antar and oder kat kedai untuk dimasak..antara masakannya ialah ikan masak stim,ikan sweet sour,udang goreng kunyit,sup,telur dadar dan ulam kenyang weh makan..tak dapat nak ngabiskan lauk yang ade..ni kire ade dalam 5 ekor ikan kot..

Jawatan Kosong:UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan  di Malaysia  yang terletak di Tanjong Malim,Perak dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai.   . Lantikan akan dibuat bertaraf tetap atau kontrak mengikut kesesuaian. Pemohon boleh mengisi secara online bermula 19 Mac 2012 (Isnin)   dan tarikh tutup adalah pada 2 April 2012 1. Pegawai Psikologi 2. Kurator 3. Pegawai Keselamatan 4. Jururawat U29 5. Jururawat U32 6. Penolong Kurator 7. Pembantu Am Pejabat maklumat detail klik LINK >>UPSI<< daftar << online >>

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Image
R&R Tapah merupakan antara persinggahan yang sering digunakan oleh pengguna Lebuhraya Utara Selatan..bagi pengguna dari Selatan mahupun Utara di negeri Perak terdapat 2 hentian rehat yang besar iaitu di Tapah dan juga Sg.Perak..bagi aku,bila pulang saja ke Taiping rumah mentua dari Putrajaya pasti akan singgah di R&R Tapah untuk berehat dan makan..Sebab kitorang pilih Tapah,sebab R&R ni kire pertengahan la kalau kita bertolak KL kan..so cukup sekali jele  berhenti.. Menariknye R&R Tapah ni,terdapat gerai buah-buahan seperti jambu batu,jambu air,mangga,buah nona, dan juga terdapat gerai yang menjual buah yang berasaskan strawberi dari Cameron Highland (CH) seperti buah,jeruk kering dan cenderamata ..yelah Tapah kan dekat ngan CH gambar google( eric )..tak sempat nak snap gambor stall..terus je pilih buah...Ini adalah antara gerai yang ade..tengok buah jambu ni, perhh best makan sambil ngicah di hari minggu..kalau tengok cam geram je,nak je rembat sume tapi baje

Jawatan Kosong di Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut : 1. Pegawai Teknologi Maklumat (F41) 2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mac 2012

Gambar Belon Panas Waktu Malam

Image
Malam tadi after maghrib gi kejap kat fiesta belon udara pans tu..saje bawak bebudak..lorat nak tengok..disebabkan malam ni nak lik kampung sehingga Isnin..so takde peluang nak gi tengok Sbatu or Ahad ke kan..so pegi malam tadi la..takde nak bersesak sangat kan..sekadar tengok je le..  woo..dah naik ats..berapi tu..jaga2 kang jangan ade yang rentung lak  Orang beratur panjang nak naik belon..kejap je pun dalam 3mint kot naik dan turun ctu je..  siap sedia untuk naik  yahhh..sikit2 naik..then turun balik ni kat tapak dekat ngan ofis aku..bosan yang ni..tak berape best cam yang warna warni tadi..kurang nampak api

Jadual Acara Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya

Image
15-18 Mac 2012 (Khamis-Ahad) Jadual Acara dan lokasi.Sila rujuk peta,klik utk pembesaran.Tertakluk kepda sebarang perubahan dan keadaan cuaca. Masa 07.00-08.30am -Hot Air Balloon Flight-hare & hound competition 08.00-11.00am -Tethered Public rides 09.00-10.00am -Para motor Display 09.00-16.00pm -Helicopter public Ride 10.00-11.30am -Children Colouring Contest 10.00-11.00am -RC Aero Modelling demonstration 10.30-11.00am -Meet & Greet the Balloonist 11.45-12.30pm -Paper Airplane Competition 15.30-16.30pm -RC Aero Modeling Demonstration 17.00-18.00pm -Para Motor Display 17.00-17.30pm -Meet & Greet the balloonist 18.00-19.00pm -Hot Air Balloon Flight-fun Fly 18.00-21.00pm -Hot Air balloon Tethered Public Rides 21.00-21.45pm -Night Glow & Fireworks Show *Saturday Only