Sup Telur Puyuh..banyak khasiatnya

Rabu malam baru ni aku sempat menyediakan dua jenis lauk iaitu Sup Telur Puh bersama brokoli serta ikan masak taucu.Actually memang teringin nak makan telur puyuh.Time gi pasar borong singgah kat Balaji,fuh nasib ade jual..Rm5.50 (entah berapa biji).Masa 1st ngandungkan Danish dulu nak makan burung puyuh,dapat la beli kat pasar malam,puyuh goreng.Sekarang ni telur puyuh pulak.So,aku teringat masa dok Melaka dulu selalu kak ipar aku sediakan sup telur puyuh untuk anak dia bawa gi sekolah.Mesti ade sebab kan kenapa dia gemar wat sup ni.Aku pun ape lagi..dah teringin tu kene le wat.

Cara:
Nak wat senang je..rebus telur dan kupas.Then tumis bawang merah,putih halia,masuk air,serbuk sup (ikut suke nak ke tak) atau leh masukkan sup bunjut..then campak la sayur ape yang korang nak..cam aku memang gemar sayur memang taruk ape yang ade le..carrot ke,brokoli,tomato,kentang,seleri..daun sup/bwang.Then taruk gram.Nak pedas taruk le lada hitam (tumbuk/serbuk).Senang je kan!

Khasiat:
sumber protein terbaik, dimana kandungan proteinnya lebih tinggi dari telur ayam. Selain protein, lemak, vitamin, dan mineral, telur puyuh juga kaya akan kolin. Kolin berperan penting bagi perkembangan fungsi otak.Ya,ini penting,tambah cam aku yang diawal kehamilan ni..time ni le nak kene makan benda seimbang untuk pertumbuhan  dan pembentukan baby.

lutein dan zeaksantin dapat membantu melindungi mata dr kerosakan mata terutama pada bayi dan anak-anak. Aku jenuh gak nak terangkan kat anak2 supaya dorang gemar makan telur puyuh ni.Aku bagi contoh le selalu tengok laptop tengok tv,mata kang tak elok..Danish cakap nanti mata cerah ye mama.Ha cam tula,faham pun..bagi clear mata.So kene makan.

Selain tu,mengatasi risiko penyakit kanser dan tumor  juga antioksida.

So,galakkan lah anak korang makan..tak kisah la wat sup ke,sambal telur puyuh ke or anything yang digemari oleh anda dan anak2.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya