Kakitangan perbendaharaan harus imbangi peranan: Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak beramah mesra dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah Khas Perbendaharaan Malaysia 2011 di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. -BH

PUTRAJAYA: Kakitangan perbendaharaan negara harus mengimbangi peranan sebagai pengawal kewangan dan pemudahcara bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar tanpa kekangan kewangan, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri menegaskan, perbendaharaan negara serta Kementerian Kewangan menjadi ikon utama kepada kerajaan dan mereka yang berkhidmat di dalamnya bertanggungjawab menjaga segala rahsia serta urusan dalaman. Katanya, selaku institusi yang menjaga pengurusan ekonomi dan kewangan selain semua dasar berkaitan pengurusan ekonomi serta kewangan negara, ada beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan khusus. 
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Perbendaharaan Negara 2011, di sini, hari ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya