Posts

Showing posts from September, 2012

Bajet 2013:Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat:Sebuah Janji Ditepati

Image
Belanjawan ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013.  Tema Bajet 2013:Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat:Sebuah Janji Ditepati P erbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan             pembangunan. RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. * Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan. * Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. * SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat. * Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan pen

bajet 2013-penjawat awam

 Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gajiyang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. "Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat. Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan be

JAWATAN KOSONG:SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK

Image
PEMOHON-PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN SAHAJA, LAYAK MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT :- JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA (Gred J17) PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Gred S17) PELUKIS PELAN (Gred J17) JURUAUDIO VISUAL (Gred N17) PEREKA (Gred B17) JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17) PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (Gred G27) PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S27) PUSTAKAWAN (Gred S41) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (Gred DG41) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (Gred DGA29) PENGAWAL KESELAMATAN (Gred KP11) PENGHULU (Gred NP27) PENOLONG PEGAWAI SYARIAH (Gred LS27) PENOLONG PEGAWAI TANAH (Gred NT27) Permohonan dibuka hingga 28.9.2012 secara online.Cepat! layari web SPA PERAK untuk keterangan.

Tinjauan Bajet 2013..Miss It!

Image
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dokumen "rahsia besar" ketika melakukan tinjauan persiapan Belanjawan 2013 di Kementeraian Kewangan di sini malam Khamis. Bersamanya ialah Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan), dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (berdiri tiga dari kanan) serta pegawai-pegawai kementerian berkenaan. Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada esok. 
-- fotoBERNAMA Wah ada muka pegawai BAC tempat lama aku keje,cik Shery,Cik Suharni,Dato'SUB ,Mr Siva dan En Amin (mane yang nampak jele)  sedang bersama PM dalam lawatan beliau untuk meninjau persiapan terakhir Bajet 2013 malam tadi. Tahun ni tak berpeluang dah merasai detik itu..yele teman kan dah berhijrah ke tempat baru.MEMORI BAJET tetap dihati..Tak mengapa sekurang-kurangnya dah merasai pengalaman itu dan kini beri peluang kepada yang lain pulak terutama yang baru nak meras

DIY:Tempat Gantung Kasut

Image
Tengok gambor..mudah dan save budget..sila patahkan hanger2 yang ada..ehheheh..or may be leh ganti ngan alternatif lain yang seumpanya.. Selamat mencuba!

Hari Ini Hari Gaji

Image
Eh..dah gaji erk hari ni.Aku pun pagi tadi tanya gak husband untuk kepastian hari ni gaji ke.Tengok tajuk tu..mesti ade yang lega sikit la sebab dah sampai ke tarikh gaji setelah hampir sebulan menunggu setelah 'kering' dek raya lalu kan. Tapi leganya sampai mana la sangat kan..pi mai pi mai tang tu jugak..hahah..hari ni lah mencongak segala keperluan dan tanggungan yang perlu dilunaskan..bayar segala bil elektrik,air,internet,astro..bayar kereta,rumah..bayar yuran sekolah anak-anak..puhhh..dah tolak semua okla fikiran sebab dah selesai bayar.Yang bab makan minum gi keje,belanja dapur tu bagaimana pula??waduh...bajet seterusnya keperluan isi rumah la kan..yang ada anak ramai lagi jenuh kan..masa ni le rasa betapa perlunya hidup besederhana..pentingkan yang mana perlu Balance gaji tinggal banyak mana?ha tu kene pandai-pandai la bahagikan hingga le next gaji..kalau awal habis..lebur..jenuh nanti.Kena beringat,macam-macam boleh jadi..hope everything ok la.

Dialog Untuk 3 Hari..Tahu Hukum Hakam

Image
Baca paper berita harian tadi pasal komen Vanida yang   mempersoalkan tindakan pihak yang meragui status perkahwinan mereka hanya berdasarkan dialog cerai dilafazkan Rashidi dalam filem Untuk 3 Hari. Mufti Perak ade menegur tentang hal tersebut dan meminta mereka merujuk kepada jabatan agama ekoran lafaz cerai yang disebut dalam skrip filem tu. Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai .-utusan Menurut Vee dorang tahu akan hukum hakam dan sebelum berlakon akan kaji dulu skrip terutama melibatkan mereka pasangan suami isteri jika berlakon bersama).Ini penerangan Vee: "babak dimaksudkan membabitkan watak Juwita lakonan Ayu Raudhah.  “Setiap kali ada tawaran yang memerlukan kami berlakon sebagai pasangan suami

KENAPA PERLU MANDI ???

Image
Hai semua,dah bangun?breakfast?keje?sekolah bagai?Ade lagi yang bermimpi mahupun bermalasan di tempat tidur?Ha sudah,jangan nak monday blues lebih-lebih,matahari dah naik elok gi mandi nuh.Yang dah memulakan hari dengan tugasan of course le dah mandi kan. Cakap pasal mandi tau tak kenapa kita perlu mandi.Hari tu dah 'share'kan entri berkaitan perlunya Mandi Dengan Betul ,bagi yang malas nak mandi tu elok amik tau sebab perlunya mandi.Apa yang pasti mandi itu menyegarkan!! Kajian terbaru mendapati mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting bagi meningkatkan kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihata

Kerja Lebih Masa,Jika Tuntutan Penjawat Awam Dipenuhi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013. Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan. "Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu. Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pem

Sila Mandi Dengan Betul

Image
Cara yang bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. Kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah: Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah dibahagian otak menjadi bertambah baik untuk berfungsi. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum. Mengurangkan tekanan ( Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak. Melancarkan perjalanan darah. Menjadikan pengamal semakin pintar. Meninggikan daya ingatan. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. Memiliki daya ketahanan mental. Menambahkan se

Pekeliling Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir N17-N22

Image
Pekeliling JPA dah keluar pasal urusan pemangkuan jawatan di atas.Bagi pembantu tadbir yang berkelayakan boleh le cuba nasib untuk 'upgrade'kan diri dengan mengisi kekosongan yang ada. Kekosongan agensi atau jabatan bagi memenuhi jawatan tersebut juga turut disertakan dalam pekeliling itu. Siapa rasa layak boleh lawati link ini untuk maklumat lanjut >>Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Ke Gred N22 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)<<. Good luck!

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan. "Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad. Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan da

RON97 now RM3 per litre

Image
RON97 now RM3 per litre - Nation | The Star Online akan ada lagikah kenaikan barangan lain selepas ini? adakah akan berlaku penurunan secara tiba-tiba ketika menghampiri PRU? adakh ini untuk 'kumpul duit' sempena bajet yang bakal berlangsung ujung bulan ini? terkesan kah pengguna ron 95?mungkin ya jika ada barang lain ikut serta..alasan kos meningkat.. dan bla...bla...bla..

Ibu Itu Sungguh Ajaib!

Image
Buku ni aku dapat dari seorang kawan BAC  yang menghadiahkannya kepada aku sebgai kenangan terakhir.Terima kasih Deyna. Tambah lagi koleksi bahan bacaan aku.Kisahnya belum sempat dibaca.Insya'allah ada masa terluang aku akan habiskan buku-buku yang ada. Sinopsis: Jika ditanya siapakah insan yang kuat, paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini, pasti jawapannya adalah ibu. Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa. Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut, tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki (ayah). Lihatlah Siti Hajar, seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail. Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab, dia perlu meneruskan kehidupan, membesarkan dan memelihara anaknya sendirian. Bayangkan juga

Kenangan dari mereka

Image
selendang maroon..  Goodbye wish..hope you'll find happiness..gitu le kata2 kat depan kad ni..i hope too..  ucapan perpisahan dan kata-kata yang bermakna.Antara kata yang mendalam pada aku ialah: 1- " Kehidupan seperti alunan ombak.Andai dilanda badai sabar adalah ubatnya" --k.hawa 2-"Ikut resam padi,makin berisi makin menunduk,hiasi peribadi dengan ilmu" --tak tahu sape nye note ni  Yang ni dari sesorang yang berdekatan dan juga blogger Sue Echan..terima kasih atas pemberian ini..wat susah2 je...dah antor kain tu kat mak aku unutk dijahit..seb bek mak i tailor,kalu tak berkurun le aku nyimpan baju tu..walaupun mak tailor aku bukan jenis suke wat baju..sumbat mane yang ada..setahun sekali kot baru nak de baju baru..uhuhuu.. Apapun pemberiannya,terima kasih tak terhingga..hanya itu kenangan terakhir untuk diabadikan ketika bersama BAC (ofis lama).

Dari Milan Ke Maran

Image
Penulis NORHAYATI BERAHIM .Tengok tebal bebenor novel ni.entah bila gamaknya aku nak khatam baca.Novel ni pemberian teman ofis sempena perpisahan aku..cehh..terima kasih ye kepada yang menyumbang.Pandai deme pilih hadiah buku ek..aku gemor gak membaca..tapi tengok mood and time.   Harga buku tertera di belakang.RM32.00.berbaloi le dengan kisah dan ketebalannya kan. Ni antara selitan muka belakang novel ni. “Kau mengkaji mafia?” “Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.” Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia. “Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?” “Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!” Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan. “Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.” Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjun

Baru nak belajar

Image
Hari ni bos dah ada.Tapi aku masih takde mende nak wat.So,dengan selamba aku tanya bos2 apa perlu aku buat dan baca. Baru le sorang bos ni bagi aku apa2 maklumat berkaitan untuk aku studi dulu.Memula pening gak.Yele melibatkan hal pengurusan kewangan,bermakna lepas ni aku kena amik tau la segala pekeliling berkaitan kewangan,aset,stor,terimaan,kawalan bagai.Benda yang aku susah nak baca tiap kali nak exam..time exam je le baru nak ngadap..kalu tak haram aku nak sentuh bab ni.hhahah. Belum bis baca aku dah ngantuk dan pening..teruskan jugak mengadap..Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Kewangan.Apa itu kawalan dan terimaan pun aku tak tau!!hancus..Ni kalau aku dapat fahamkan dan  boleh masuk otak,confirm aku mik exam KPSL atau PTK..leh jawab bab Arahan Perbendaharaan..bab ni yang selalu fail! Berangan dan dalam mas yang sama berusaha jugak untuk mencapai impian.Kalu kita tak ubah diri sendiri camno nak maju ye dak.Mula sikit2 dari bawah,lama2 ada la kemajuan.Kata seman

Serah Tugas

Image
Bakal menyusul...auditan yang belum selesai

Hari Pertama Di Tempat Baru

Selamat pagi semua HAri ni 3 September 2012,aku mula bertugas di Bhgn.Aduit Dalam,JPM. Kelam kabut sikit nak gi keje tadi.NAsib baik aku tak terlewat punch.Usai menghantar anak-anak kat Perbadanan Putrajaya,terus menghala ke kompleks B.Jem tak sangatla.. Dah masuk perkarangna JPM,gi mik pas pelawat..lum dapat pas sendiri,kene le kunujung pondok sekuriti tu.Dha dapat pas,melilau berjalan ke blok B8 unutk gi punch..perhh..penat aku berjalan weh..baru je lepas ngurut..sabar jele,ragam orang pregnant.Then dah punch kat situ gi lak blok B7,masuk ofis.haiyo.. Masuk ofis..hmm..senyap sunyi,nampak member sorang je..aik mana sume pegi..then sampai la sorang kerani ni masuk..time tu le aku interview dia..tanya bagai..ooo ramai yang gi kursus dan ade gak yang gi keluar audit..ade yang cuti..so sekarang ni tinggal la kami bertiga..orang jiran aku ni dah dengar cam berdengkur dah..ngantuk and bosan katenye tak wat pe... Aku lak sambil ngadap tenet aku baca Laporan Tahunan 2011..hmm