KENAPA PERLU MANDI ???

Hai semua,dah bangun?breakfast?keje?sekolah bagai?Ade lagi yang bermimpi mahupun bermalasan di tempat tidur?Ha sudah,jangan nak monday blues lebih-lebih,matahari dah naik elok gi mandi nuh.Yang dah memulakan hari dengan tugasan of course le dah mandi kan.

Cakap pasal mandi tau tak kenapa kita perlu mandi.Hari tu dah 'share'kan entri berkaitan perlunya Mandi Dengan Betul,bagi yang malas nak mandi tu elok amik tau sebab perlunya mandi.Apa yang pasti mandi itu menyegarkan!!
Kajian terbaru mendapati mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting bagi meningkatkan kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Kebaikan mandi kepada individu yang mengamalkannya:
  • Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula dalam darah, suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celcius.
  • Selsema dan sakit kepala : Merendam kaki ke dalam air suam dapat membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Caranya masukkan air suam secukupnya ke dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian titiskan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Rendamkan selama 10 hingga 20 minit dan Selepas itu basuh dengan air sejuk.
  • Masalah Imsomnia : Rendamkan kaki ke dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsomnia atau memiliki masalah susah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki yang lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
sumber:pengurusan psikologi

Comments

Izwa Kamaruddin said…
jom mandi..errr err.. :)

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya