Wednesday, October 31, 2012

Memori | Tiket Keretapi Lama

October 31, 2012 2 Comments
Ni tiket keretapi lama yang masih disimpan oleh adik aku..Dulu kalau raya atau cuti sekolah kitorang akan balik kampung naik keretapi atau bas.Naik keretapi lama memang best..perjalanan bermula dari Sungkai ke Taiping.Harga tiket dalam RM6.80.

Berderet-deret le adik beradik aku menunggu ketibaan keretapi.Best gak naik train dulu-dulu sebab sepanjang jalan leh tengok kampung-kampung dan pemandangan yang luar biasanya dari jalan raya.Yang tak bestnya jangka masa perjalanan agak lama.Biasa lah tu kan,train akan berhnti di satiap hentian.Amik and turunkan penumpang.

Lagi satu ramai gak peniaga yang dok jual kuih muih atau sarapan di luar perkarangan train mahupun yang bergerak masuk ke dalam train.Keje makan jele sepanjang jalan.

Sekarang sumenya gi balik nek kereta ja.Train pun dah makin canggih..pakai letrik..if nak balik kampung umah mak ayah aku leh je nek komuter,tapi tak pernah lagi.

SYARAT,PENDAFTARAN DAN SEMAKAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

October 31, 2012 1 Comments

1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah. 

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250. 

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu : 

• Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; 

• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah; 

• Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama); 

• Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

4. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. 

5. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula. 

6. Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM :www.hasil.gov.my

7. Pembayaran BR1M 2.0 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun 2013. 

8. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 bilion. 

9. Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012. 

Kementerian Kewangan Malaysia 
30 Oktober 2012

Tuesday, October 30, 2012

Water World Di I-City..Baru Bukak

October 30, 2012 1 Comments
Bertambah lagi water park kat Shah Alam.Kalau sebelum ni penduduk sekitar mungkin tertumpu kat WetWorld Shah Alam.

Namun kini ada lagi pilihan lain yang mungkin boleh dikunjungi oleh penggemar mandi manda..heheh..Water World I-City.Kalau sebelum ni gi sana nak tengok lampu digital yang pelbagai juga menikmati salju dingin si snow tapi sekarang dah leh berendam pulak.Bermula November depan,time tu pun sekolah dah mula cuti bolehlah terjah bersama famili riadah.Ade diskaun pembukaan nanti.So cari la tiket kat talian yang ada mahupun belian online

Rasai pengalaman menaiki Tornado yang pertama di Malaysia dan menikmati permainan  cool splashing dan pelbagai aktiviti di sini dengan keluarga dan rakan-rakan ...

Nak gi tak dapat la wat masa ni..dah sarat..tunggu next year lak Insya'allah nak try pi jugak.

Thursday, October 25, 2012

Wednesday, October 24, 2012

Niat Dan Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah | Esok Puasa Sunat Arafah

October 24, 2012 4 Comments

Niat Puasa Hari Arafah:

"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Hadith : 

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.” 

(Hadith Sahih : Muslim, Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi) 

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: 

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Peringatan Mesra : 
Bahawa umat Islam adalah disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1433 yang jatuh pada 25 Oktober 2012 Khamis ini. Selamat Menyambut Hariraya Korban : Semoga Apa Jua Pengorbanan Kita Dinilai Sebagai Amal Soleh Yang Diterima Di SisiNya

Memori | Gambar Aku Masa Budak-budak

October 24, 2012 2 Comments
Gambor ni aku crop dari video youtube yang adik aku buat khas untuk group FB my family..kat aku tak banyk pun simpan gambar lama..sume ade kat kampung..gelihati nak tengok gambar lama2..ntahapentah..

Cer tengok mane satu aku?Ha yang cam baby sister tu le aku..muda-muda dah dukung budak dan dikelilingi adik2..nak wat gumane sejak azali aku ni memang mesra budak kot..sampai dah remaja asyik jadi pengasuh anak buah..haiyo

Ade 4 orang adik..bawah aku yang laki tu (masa kecik chinese look sikit budak ni)sekarang dah kahwin dan berkhidmat ngan KPM kat SJK (Tamil) Slim River..heheh..then baru le yg sebelah kanan aku tu,dah kawin gak and berkhidmat sebagai staff nurse kat HSI,JB..Then lepas dia yg pkai bj kembang tu (gambar) depan..maih solo dan dah bekerja kat kilang swasta YSP Bangi as R&D Analyst....yang aku dukung tu bongsu,solo lagi tapi dah ade BF..sedang belajar lagi wat PJJ degree kat UITM,Shah Alam sambil bekerja di Agrobank Slim River.

Dah besar panjang pun deme yer and berjaya ngan kehidupan masing-masing.Amin.

Harap bertahan

October 24, 2012 0 Comments
hai..

mood hari ni agak kureng..dari petang semalam rasa tak sedap perut..sakit ala2 kontraksi hingga sekrang masih terasa..walaupun tengah menahan sakit,masih datang ofis..tapi malas nak wat keje..update blog kejap..and then ingat nak curi masa rehat kat surau..bos ade le pulak..tolong jangan ganggu aku hari ni leh boss..

mood raya and nak balik kampung pun kureng jugak..macam-macam dalam fikiran ni..nak rempuh perjalanan pulang ke kampung?jem?ketahanan?

wahai anakku bersabarlah dikau..bertahan selagi mampu hingga sampai masanya..Ya Allah peliharlah kandungaku dan moga dipermudahkan segala urusan.Amin

Monday, October 22, 2012

Memori | 1996..mak pak suruh masuk IT

October 22, 2012 0 Comments
Bila tengok balik keratan akhbar ni,memang betul la apa yang dikatakan tu.Teringat masa remaja dulu.Pada tahun 1996 aku baru tingkatan 2..time tu orang dok sebut2 zaman IT la..Mana boleh ketinggalan..kena amik tau gak walaupun tak secanggih masa kini.

Zaman tu dah ada komputer sebijik kat rumah tu kira bangga la jugak.Walaupun tak sehebat laptop,netbook, notebook, pc zaman sekarang..Syukur la ada dari tak hado kan.Aku punye komputer sama je macam kat gambar di atas.Selalu guna unutk wat keje sekolah cam buku folio sejarah and geografi.Pakai disket je.Belambak-lambak la kepingan disket..memory pun limit je kan.Benda nak simpan banyak.Sekarang tak main dah disket (waluapun ada je yang guna lagi)..dah ade macam2 drive..optical,hard disk,pendrive dll.

Disebabkan kita menuju ke  zaman IT,berlumba-lumba lah orang dok amik course ni. Dulu dok kampung jarang nak dedah ngan benda2 gini..internet pun limit lagi.Masa aku masuk tingkatan 6 kot baru banyak 'main' ngan internet.Banyak maklumat nak kena cari dan juga dah pandai chatting kat laman mIRC kampung bagai..tambah kenalan kononnya!

Then pada tahun 2000 bila dah abis studi form 6, aku pun tak terkecuali masuk sebuah kolej ni amik course berkaitan Sistem Maklumat (pentadbiran)..kira dah celik IT gak la bila dah belajar segala bagai kan.May be disebabkan minat jugak kot aku terjebak dalam bidang ni.Dan kalau ada rezeki nak je sambung studi lagi amik course gini,..selagi ada MSC.selagi ada teknologi dan inovasi selagi tu boleh berkembang kot kerjaya dalam bidang ni.

Kalau pandai ,leh wat duit bidang ni.Keje sendiri sume dihujung jari.

Sunday, October 21, 2012

Tahniah | Zulfahmi Tempat Ke-2 MotoGP 2012

October 21, 2012 0 Comments



Pelumba Airasia SIC-Ajo/KTM, Zulfahmi Khairuddin (kiri) berjaya menduduki tempat kedua pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 (MotoGP 2012) di Litar Antarabangsa Sepang di sini, Ahad. Zulfahmi menduduki tempat kedua dengan catatan masa 40'54.123. Tempat pertama menjadi milik pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese (tengah) manakala tempat ketiga milik pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger (kanan). --fotoBERNAMA

Serbuk Kopi Cap Motokar Roda Tiga

October 21, 2012 0 Comments
 Minum petang..disebabkan cuaca di luar sedang hujan..nikmatnya kalau dapat menghirup secawan kopi panas..then buat cucur udang..makan ngan family
 Kopi ni menggunakan kopi serbuk yang dibawa khas dari kampung my husband,Batu kuro,Tepeng..beli sebungkus..aku pun tak tahu pasal kopi ni..tapi kat kampung dia kopi serbuk ni glamer..mungkin kopi proses beza sikit aura nya..kopi ni di bungkus pakai kertas.Harag sebungkus dalam RM2
gambor depan..serbuk kopi cap motokar roda tiga..best coffee powder belah utara kot..kilangnya kat Parit Buntar..bahannya biji kopi,gula putih,marjerin dan garam.Bau dia ada macam ala2 habatussauda pulak bila dah dibancuh.

Friday, October 19, 2012

Kedai Lampu Houses Lighting,Puchong

October 19, 2012 0 Comments
Hari tu gi Puchong sempat singgah kedai Houses Lighting yang terletak di Jalan Bandar Puchong Utama.Aneka lampu dijual kat sini.Actually kitorang nak cari ceiling fan je untuk penambahan di rumah kitorang kat Saujana Putra tu.So far,beberapa kedai gak kitorang survey dan pilihan kitorang kat sini.Murah.
Nak cari kipas ceiling KDK..harga di sini lebih murah banding kedai lain.Nak rembat  kipas je pun.Lampu kalau ade yang berkenan may be akan di grab gak kot..ehhe..tengok kepentingan la.

Lepas ni nak survey jubin,kitchen cabinet lak.Hari tu ade gak pegi satu kilang wat dapur ni kat Puchong gak.Tapi tak dapat nak jumpa bosnya.Laki aku kenal orang tu masa dorang mai wat pantry kat JPA.So,dia bg bisnes kad.Kalau ok leh la tempah.If nak save may be upah pak mertua je kot tolong watkan.Just beli barang adn design sendiri.!

Wednesday, October 17, 2012

Pengecualian Cukai Pendapatan Ke Atas Bonus Beri Kesan Kepada Pendapatan Negara

October 17, 2012 0 Comments

PUTRAJAYA: Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya.
"Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman memohon agar bonus satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang lepas, dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Pada sidang akhbar kemudiannya yang turut disertai Omar, Ali berkata, perjumpaan pada Rabu adalah untuk berbincang berhubung usaha menambaik sektor perkhidmatan awam serta mencari jalan penyelesaian berhubung beberapa isu berbangkit.
Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan sebarang cadangan atau pertanyaan daripada semua penjawat awam untuk dimajukan kepada e-mel beliau daripada semasa ke semasa.
Mengenai keputusan supaya pinjaman perumahan kerajaan dikendalikan bank-bankkomersial, Ali berkata, ia tidak akan menjejaskan manfaat pinjaman perumahan yangditerima penjawat awam.
Beliau berkata, kriteria-kriteria sedia ada akan dikekalkan termasuk bayaran faedah pinjaman empat peratus.
Malah, katanya, skim pinjaman perumahan juga ditambah baik dengan wang proses permohonan pinjaman ditukar kepada RM100 kadar rata berbanding RM1 setiap RM1,000 pinjaman sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Ali sekali lagi menegaskan surat pekeliling kepada penjawat awam yang ingin bercuti ke luar negeri yang sebelum ini perlu meminta kebenaran daripada KSN, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian atau ketua pengarah jabatan sahaja, kini diturunkan kuasanya ke peringkat pengurusan yang lebih rendah.
"Jadi pegawai yang di bawah setiausaha bahagian, dia akan dapat kelulusan di bawah setiausaha bahagian. Yang atas daripadanya mungkin kepada timbalan ketua setiausaha atau timbalan ketua pengarah dan atas lagi akan mohon kepada KSU.
Kalau KSU atau Ketua Setiausaha Perbendaharaan nak ke luar negeri mohon kepada KSN," katanya.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban pihak atasan selainmemudahkan penjawat awam mendapat kelulusan untuk ke luar negara dengan lebih cepat.
Mengenai isu pegawai kontrak, Ali berkata, penyerapan mereka dalam perkhidmatan awam perlu dilakukan beransur-ansur.
Katanya, bagi pegawai kontrak yang mengisi jawatan tetap di gred lantikan, kerajaan akan menimbang pelantikan tetap tetapi tertakluk kepada yang memenuhi syarat skim perkhidmatan berkenaan, berprestasi baik dan diperakui ketua jabatan.
Berhubung pertukaran pegawai dan anggota sektor awam yang sering dibangkitkan, beliau berkata ia adalah amalan biasa untuk membolehkan penilaian dilakukan ke atas seseorang penjawat awam serta mempertingkat kecekapan mereka.
Katanya, pada masa ini, 891 pegawai bagi perkhidmatan gunasama memohon pertukaran ke negeri atau daerah untuk mengikut pasangan, masih tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kekosongan jawatan atau pegawai sedia ada dikawasan itu tidak memberikan kerjasama. - BERNAMA

    Beijing-Tianjin Kami Datang

    October 17, 2012 0 Comments
    Tengok pic di atas..tentu korang tau kan di manakah terletaknya tembok besar tersebut.Tembok Besar China dibina lebih daripada 2000 tahun yang lalu oleh maharaja Cina yang pertama, Qin Shi Huangdi semasa Dinasti Qin. Merupakan tembok terpanjang dan antara 7 keajaiban dunia.
    Pemandangan indah di sini pasti membuatkan aku tidak sabar untuk ke sana menikmatinya. Insya'allah impian untuk menjejakkan kaki ke bumi China akan terlaksana pada hujung bulan November nanti(24HB NOV – 30HB NOV 2012).7 DAYS 6 NIGHTS BEIJING – TIANJIN MUSLIM TOUR (FULL BOARD)..
    Antara tempat yang bakal dikunjung Tian An Men Square,Muslim Super Market,Wang Fu Jing Shopping Street,Jade Museum,climbing of the Great Wall of China,Shopping at the Crystal Shop. ,Shopping at the Fresh Water Pearl Cente,Summer Palace ,Shopping at theKitchen Appliance Store and the local Bazaars –Ya Xiu Market and Xiu Shui Market,Coach to Tianjin ,visit one of the most famous mosques in this city, the Ming dynasty-built Nan Dou Ya Mosque and many more..
    Yeeha..disambut pula dengan musim winter..first experience in my life!Hope everything will come true..amin.

    Tuesday, October 16, 2012

    Ofis Kerajaan Dan Sistem Yang Digunapakai

    October 16, 2012 1 Comments
    Sekarang ni zaman teknologi.Dalam perkhidmatan awam pun dah terapkan kerajaan elektronik.So banyak la sistem-sistem yang dibina dalam urusan penyampaian perkhidmatan awam.Bagaimana di tempat korang?
    Ni PROTIME namanya.Kat ofis aku guna ni.Merekod segala kehadiran kakitangan/pegawai.Tiap kali masuk/out ofis bende ni kene touch..takde punch card lagi. Kalau ada urusan di luar seperti outstation, klinik/hospital atau apa2 kene rekodkan dalam sistem ni.Sitem ni di install untuk setiap orang.So,kat desktop pc memasing dah tertera benda ni.Kene update kalau ada yang terlepas kehadiran atau sebaliknya.Sebab orang lain boleh tengok jugak rekod kehadiran kita kat ruangan KEHADIRAN tu.Ko nak check sapa,ko gi je kat ruangan KEHADIRAN tu and cari nama dia...Nah terpapar le rekod dia.Tak leh ngelat ye.Bab ni memang diambil berat kat sini.Lewat sikit pun kene panggil dah.

    Keje kat sini banyak wat audit.Untuk memudahkan pemantauan audit satu sistem dibina.Dipanggil Electronic Tracking Audit Report (E-TAR).Dalam ni akan ade senarai profail staff kat bahagian aku.Ada maklumat kemasukan bila,jawatan,tempoh berkhidmat dll.Then ada la beberapa ruangan yang perlu dikemaskini berkaitan kerja-kerja pengauditan seperti Perancangan Audit,Pelaksanaaan,Matriks Pematuhan dan Laporan..Aku masih dok belajar guna benda ni.Dah jadi keja aku gak nak kena tolong update benda ni..tapi boss tak sempat nak ajor lagi.

    Ni semua orang yang keje gomen tau la.Benda wajib kena isi.HRMIS.Dari maklumat peribadi,pengistiharan harta,cuti ,pertukaran,perjawatan dan segala bagai berkaitan perkhidmatan kita ada dalam ni.Yang paling kerap digunakan tentulah bab mintak cuti dan LNPT kan.nak apply cuti kene le bukak sistem ni antor ke bos.

    Lagi apa?ada juga Sistem Tempahan Kenderaan,Sistem Laporan Kerosakan Bangunan Sistem Laporan Kerosakan Telefon Sistem Tempahan Kenderaan Sistem Tempahan Peralatan ICT Sistem Kerosakan ICT,Permohonan Stok dll.Bergantung kepada jabatan jugak kan.

    Kadang sistem ni bagus,memudahkan kerja.Yang tak bagusnya..line sibuk dan slow!!grrrr

    Buku Fixi:TABU

    October 16, 2012 0 Comments
    Sebuah novel hasil karya Shaz Johar.
    Shaz Johar adalah seorang pencerita, blogger dan diva sepenuh masa. Kini dia sedang bertugas melayan kerenah-kerenah pelanggan yang terlampau di sebuah bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Di masa lapang, dia gemar menconteng laman blog kesayangannya, Jejaka Anggun. Sementara jari-jemarinya pula tidak pernah lekang mengemaskini status twitternya di @malayrhapsody. Tabu merupakan novelnya yang kedua selepas Kougar yang sebelum ini telah merangkul anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori Penulisan Kreatif (Bahasa Melayu) – Cerpen/Novel.-FIXI
    Sinopsis:
    Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.

    Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.

    Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.

    Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!

    Monday, October 15, 2012

    Cuti Bersalin

    October 15, 2012 0 Comments
    Aku sekang ni menunggu masa untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan cuti bersalin yang disediakan oleh kerajaan.Di kalangan penjawat awam,sebelum ni 60 hari ditetapkan sebagi cuti bersalin.Berkuatkuasa pada 15 Oktober 2010, satu pekeliling baru telah dikeluarkan yang menetapkan cuti bersalin adalah selama 90 hari.PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010 tentang kemudahan cuti bersalin penjawat awam menyebut:
    Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 
    • seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya; 
    • pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan
    • Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
    Nampaknya untuk yang ke-3 ni,aku boleh la amik cuti 3 bulan..lama sangat ke?tapi rasanya ok kot sebab aku bersalin pun dah nak jung tahun.Sempat la aku uruskan persekolahan 2 orang anak aku tu. Sebulan terakhir tu jugak aku ada plan lain yang perlu diselesaikan.Time tu le nak settel suma benda.Dah masuk keje payah skit le nak cuti.

    Hitung hari untuk bersalin.Rasa sakit sikit tu dah ada.Nak kena banyak rehat now.Mudahan aku selamat bersalin nanti apabila dah cukup masanya.Sbar dan bertahan selagi boleh.

    Sunday, October 14, 2012

    Nak Ke Luar Negara Atas Urusan Peribadi,Dapatkan Kelulusan Dari KSN? Cuepacs Minta Penjelasan

    October 14, 2012 0 Comments

    Cuepacs mahu kerajaan memberi penjelasan terhadap pekeliling yang menyatakan bahawa pekerja awam yang ingin melancong ke luar negara atas sebab-sebab peribadi mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Setiausaha kementerian masing-masing.
    Surat Pekeliling berkuat kuasa 1 Oktober itu juga menyatakan bahawa semua pegawai awam harus mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi untuk lawatan.
    Ia telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, dengan tujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
    Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata beliau akan menemui Dr Ali untuk mendapatkan penjelasan pada Rabu.
    "Jika perjalanan ke luar negara untuk tujuan rasmi, saya faham," kata Omar.
    "Tetapi saya keliru mengapa penjawat awam perlu kelulusan apabila mereka membuat perjalanan peribadi ke luar negara."
    Beliau mencadangkan Dr Ali memberi taklimat kepada penjawat awam berhubung perintah baru tersebut, kerana ramai yang tidak menyedarinya.
    Sementara itu, pekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya, yang hanya mahu dikenali sebagai Nora berkata peraturan baru itu adalah "tidak perlu" dan akan "menyusahkan" pemohon yang ingin bercuti.
    "Sebelum ini, kita hanya perlu mengemukakan permohonan kepada ketua jabatan masing-masing.
    "Itu sahaja akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk diproses," katanya, sambil menambah bahawa ia juga menyusahkan penjawat awam yang mempunyai keluarga di negara-negara sempadan seperti Thailand dan Singapura.
    "Saya takut tempoh kelulusan sekarang akan mengambil masa yang lama kerana kuasa kini jatuh kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian," tambah Nora, yang merancang untuk melawat Seoul bulan depan.
    Dari sudut pandangan guru, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata ia adalah amalan biasa di kalangan mereka untuk memberikan butiran untuk mendapatkan kelulusan sebelum membuat lawatan peribadi di luar negara.
    "Perkara ini untuk tujuan keselamatan sekiranya berlaku kemalangan kepada mereka semasa di luar negara.
    "Pegawai atasan mereka - yang akan dimaklumkan di mana mereka berada dan bila mereka sepatutnya pulang ke rumah boleh berhubung dengan pihak kedutaan di negara asing," katanya.
    Pekeliling baru juga memerlukan seorang pegawai yang bercadang untuk melancong ke luar negara untuk mengisytiharkan bahawa lawatan itu tidak ditaja oleh mana-mana syarikat individu atau swasta.
    Pegawai awam yang membuat lawatan kerap ke negara jiran juga perlu memohon untuk kelulusan.
    Aku:takat ni Thailand je pernah sampai..nak pi obersi tak mampu,kalau nak pi mesti bawa anak-anak jugak..tak sampai hati mau tinggal..

      Friday, October 12, 2012

      FIXI:KELABU-Bahagia Ni Benda Yang Kita Ada,Bukan Dicari

      October 12, 2012 0 Comments
      .
      "Amir seorang fotografer yang diminta menjadi 'boyfriend kontrak' oleh Jun. Apabila Amir jatuh cinta, rahsia hidupnya terungkai satu-persatu."
      Lagi koleksi buku yang dibeli ketika pameran buku di Mines Mei lalu. KELABU..antara novel terbaik FIXI hasil karya Nadia Khan.Seperti katanya,bahagia ni benda yang kita da,bukan dicari.Bagaimana bahagia tu datang?Aku tak nak ulasa lanjut.Bacalah novel ini untuk mengetahui sejauh mana cinta dan bahagia itu bertandang.

      Ni sinopsis dibalik kulit novel ni:
      Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
      Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
      Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
      Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
      Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.

      Thursday, October 11, 2012

      Fixi:ZOMBIJAYA-jika rakyat Malaysia tiba-tiba dikelilingi mayat hidup?

      October 11, 2012 0 Comments
      Karya oleh Adib Zaini
      Antara koleksi buku yang dibeli ketika  pameran buku di Mines Mei lalu..baru sekarang nak cerita pasal buku ni..dah lama peram.Oklah aku masukkan sinopsis buku ni..mik dari Fixi.Korang bacalah ye
      Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
      Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
      Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
      Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA

      So kisahnya berlegar tentang Apakah yang akan terjadi jika rakyat Malaysia tiba-tiba dikelilingi mayat hidup?

      Novel tersebut akan diadaptasi ke layar perak oleh syarikat Grand Brilliance dan akan diterbitkan dibawah anak syarikatnya, Lightbulb Pictures.Judul filem yang bakal muncul pada tahun 2013 ini bertajuk KL Zombie.Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.Antara pelakonnya seperti Zizan Raja Lawak dan Siti Saleha.

      Next year tengok filem ye untuk lebih faham!

      Wednesday, October 10, 2012

      Wet World Shah Alam

      October 10, 2012 3 Comments
      Semalam Alhamdulillah dapat meluangkan masa serta menunaikan hajat bebudak untuk pergi Waterpark.Kali ni aku bawak dorang gi Wet World Shah Alam.Kenapa aku pilih sini?Sebabnya hari tu masa dok godek web Livingsocial, ternampak deal untuk Wet World Shah Alam entrance ticket yang bernilai RM8 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk 2 orang dewasa (satu tiket).So,grab la!Aku cuma mampu melihat mereka riang ria bermandi manda..tak ape yang penting usai je mandi manda,dapat memuaskan keinginan pekena ABC lagi kat Seksyen 2.siap tapau!Oklah layan kan aje kisah waterpark ni.
      Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia.
      Bayaran tiket masuk: 130cm & above - RM20, 90 - 130cm - RM16, Below 90cm - percuma. Waktu operasi 10.00 am - 6.00 pm,tutup pada hari Rabu, kecuali School Holidays & Public Holidays.Lokasi Wet World Shah Alam terletak di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2 Maklumat lanjut leh hubungi Tel: +6 03 5513 2020 / Fax: +6 03 5510 7619.

      Cabana..cantik dan ada kipas..best landing kat sini..sewa+deposit = RM100 (RM50 dikembalikan setelah serah kunci Cabana)

      Gambar sekitar kolam:ngadap tasik dan  Masjid Shah Alam
      .




      Untuk gelongsor terpanjang ni,kene sewa pelampung tau..RM40 (sewa RM20+deposit RM20: akan diberi balik masa pulangkan pelampung).Gelongsor terpanjang..tengahari baru air dia pasang..adik ipar aku sampai pening nek benda ni..



      Gambar sekitar kolam untuk bebudak mandi:
      Danish,penakut sikit ngan air..excited mandi kat kolam bebudak yang cetek tu je..kolam lain takut..Kemain suke Danish kalau main kat sini,tak takut..apa da..huh.Si Eisya lebih berani mandi kat kolam dewasa..tapi papa dia guide la..Budak ni memang suka main air,tak heran la..aku tengok je..