Bulan Baru,Dah Hampir Hujung Tahun

Hari ini dah masuk 1 Oktober 2012..kira-kira hanya 2 bulan lagi dah nak berakhir tahun 2012.Bagi aku pula bila dah Oktober banyak difokuskan kepada my baby dalam kandungan.

Baby
Rutin check up di klinik makin kerap.Sebelum ni sebulan sekali je.Bulan ni dah start kene gi klinik 2 minggu sekali.Owhh,sangat bosan bila nak gi klinik ni..malas nak tunggu.Harap setiap kali check up normal la dan takde masalah apa-apa.Mudah-mudahan,amin.Tambah bila dah semakin menghampiri 7+ hingga 8 bulan ni,kena lebih berhati-hati.Pergerakan pun dah makin terbatas.Kandungan dah membesar,jalan pun dah cam 'raksasa' (bebudak kata)..haiyoo..masalah sakit belakang tu memamng tak dapat dielakkan dah bila buat kerja lebih sikit,berdiri mahupun berjalan.

Persiapan untuk baby,tak beli apapun lagi.Baju tu leh recycle balik yang si abang dan kakak punya.Senua elok-elok lagi.Save bajet dah kat situ.Cuma nak kena amik masa basuh balik segala pakaian,lampin dan barut yang ada.Tengok le bila rajin.Nanti cuma nak cari botol susu,pampers,atau kelengkapan lain selain dari pakaian je.

Nak cari stroller murah,ade yang nak jual atau tahu mana2 offer?Jamu time pantang?

Kerja
Dah sebulan aku kat ofis baru ni.Perkembangan keje masih biasa-biasa.Hari ni agak sunyi ofis,sebab ada yang keluar gi audit.Aku belum berkesempatan untuk melakukan pengauditan..This month seksyen aku akan ke Kelantan.Tak tahula kena ikut atau tak.Boss kata tengok keadaan fizikal aku.Iyalah,keadaan aku yang dah hampir sarat gini cam tak mengizinkan.Aku rasa cam tak mampu nak ikut.Sebab jalan/diri lebih sikit pun aku dah mengah dan sakit-sakit kaki dan belakang.Tunggu jele next year lepas aku pantang erk...tu pun kalau khidmat PT masih diperlukan.

Rumah
Nampaknya aku kene cari penyewa baru untuk sewa rumah aku kat Bandar Saujana Putra..This month last penyewa yang ada tu dok situ.Aku takde lak nak tanya why.Hak maisng-masing.Kita dulu pun penah menyewakan?So biarkan.Dah ada penyewa yang kol nak sewa rumah tu.Tapi aku rasa wat masa ni,lum mau sewakan.Insya'allah kalau bulan 12 atau ujung bulan 11 ok kot dibuka untuk sewaan.Aku rancang nak renovate sikit rumah tu.Masih dalam perancangan.Tunggu dapat bajet lebih 'on' je.

Panjang cerita aku kan,untuk intro Oktober.Itu je kot yang berlegar dalam kotak fikiran aku sekarang ni.Harap dapat penyelesaian yang mudah unutk segala yang dilakukan.Amin.

Comments

Axie04 said…
aku ade la stroller. guna kengkadang je masa almira dulu. skang x pakai dah, pasal almira suka berdukung ngan maknyer, klu ko nak leh la aku lelong kat ko.. hahahaha, beso sngat nak simpan kat stor umah aku yang comel tu. hahahaha
ftdanisha said…
@Axie04 ko nk tolak bape..stroller lame ank2 aq dh rosak..tu ingt nk cr bias2 ja..sbb pkai pn bkn lame..sdkr nk g klinik o jaln2..sila PM o MMS me utk rundingan..ehehe
Axie04 said…
NANTI I MMS THE PIC OK

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya