Renovate Dapur Bandar Saujana putra

Pada 5 Januari 2013 yang lalu,kami telah mengubahsuai bahagian dapur apartment di Bandar Saujana Putra. Memandangkan dapur tersebut agak sempit,kami mengambil alternatif mengubahsuai dengan bentuk L.Sebelum diubahsuai dapur terletak dihadapan pintu masuk utama.memang agak kurang selesa.Oleh itu pilihan dibuat untuk membahagikan antara laluan masuk dengan ruang dapur.
gambar sebelum ubahsuai..ruang dapur limit..sebelah sinki tu pintu masuk utama
 lihatlah keadaannya di ruang dapur dan pintu masuk ketika dah di dalam binaan
Maka kerja-kerja pengubahsuaian pun dijalankan dengan membeli barang-barang binaan yang diperlukan.Kami membeli berdasarkan keperluan,so kena bajet berapa banyak diperlukan untuk membeli bata,simen dan lain-lain agar tiada pembaziran berlaku.Rugikan kalau beli banyak2.Ok dah beli barang,mulakan kerja.
Pemasangan bata diajalankan unutk membina dinding pemisah antara laluan utama dan dapur
Setelah siap kerja pembinaan dinding, kini beralih kepada pembinaan 'para' pulak
 sinki baru..yang lame dah buang..yang ni lebih kuat
para di buat dalam bentuk L
Setelah siap,barulah keje 'plaster' dinding dijalankan bagi menutupi blok bata.Lihat gambar dibawah dinding yang siap diplaster
  dah plaster
 dan dicat asas dahulu berwarna putih
Akhir sekali kami memilih jubin kosong bewarna putih bagi memberi impak cerah dan luas.
dapur yang hampir siap ditampal jubin putih..
dah selesai
Kerja wiring turut dijalankan dengan menambah 2 unit kipas di bilik utama dan ke-2.Serta memasang lampu dan membuat soket baru di bahagian dapur tadi.
Alhamdulillah segalanya telah siap dengan jayanya.Amin

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya