TOK YAH HAJI BAHAZIM

Siapa Haji Bahazim ni?Inilah arwah atok aku yang kitorang panggil dengan gelaran Tok Yah.

Memandangkan pak saudara aku Pak Lang (dalam gambar..yang berjambang tu) ada share pasal stori ni..aku pun copy le untuk simpanan MEMORI aku dan family pada masa akan datang.Namapun blog memmori kan..simpan ajele ape yang bersejarah.
Atok aku yang kiri ni..sebelah tu kawan sekampung kot..Umah atok aku ni sentiasa dikunjungi orang.Tok yah meninggal pada pada bulan Februari 2007 bulan aku kahwin.Masa tu cuma tinggal 2 minggu lagi aku bakal melangsungkan perkahwinan.Tak sempat le nak tengok.Just beliau sempat jadi jurucakap masa aku bertunang.So kenduri aku time tu,ala kadar je sebagai menghormati pemergian beliau.Al Fatihah.Moga tenang disana disisiNya.

Pengenalan
Haji Bahazim bin Jamaludin atau Tok Yah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, Perak. Beliau berkahwin dengan Hajjah Teh Sofiah atau Tok Teh pada tahun 1945 dan dikurniakan 12 orang anak. Anak pertama telah meningggal dunia pada tahun 1965 setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang juga merupakan anak susuan kepada Tok Yah dan Tok Teh. Sehingga akhir tahun 2012 mereka mempunyai 60 orang cucu serta 49 orang cicit. Pada tahun 2003 Tok Teh telah kembali ke rahmatullah dalam usia 73 tahun dan kemudian dikuti pula oleh Tok Yah pada tahun 2007 dalam usia 83 tahun.

Perkhidmatan/Sumbangan
Sepanjang hanyatnya, Tok Yah telah menabur bakti dan memberi pekhidmatan atau sumbangan yang banyak kepada masyarakat setempat. Beliau merupakan seorang aktivis yang disegani dan dihormati di kawasan Batu Kurau amnya dan Pantai Besar khususnya. Antara perkhidmatan yang pernah disumbangkan oleh beliau kepada masyarakat ialah dlam aktiviti-aktiviti seperti berikut:

a) Ahli Jawatankuasa Persatuan Peladang Mukim Batu Kurau;
b) Pengerusi Persatuan Peladang Kampung Pantai Besar;
c) Pengerusi Jawatankuasa Tanaman Semula Berkelumpok RISDA Kawasan Pantai Besar;
d) Pengerusi UMNO Cawangan Pantai Besar Ulu; 
e) Pengerusi Surau Haji Abdul Latif, Pantai Besar Ulu;
f) Imam Surau Haji Yahaya (sebelum dipindah dan ditukar nama kapada Surau Haji Abdul Latif);
g) Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pantai Besar;
h) Ahli Jawatankuasa Masjid Pantai Besar;
i) Bilal Masjid Pantai Besar;
j) Pembaca doa’ di majlis-majlis tahlil arwah;
k) Juru mandi jenazah;
l) Pemungut zakat fitrah kawasan Pantai Besar Ulu;
m) Tukang sembelih binatang ternakan untuk korban, aqiqah dan kenduri;
n) Tukang rumah;
o) Guru al-Quran;
p) Pembekal peralatan pengkebumian jenazah;
q) Ahli Pasukan RELA; 
r) Ahli Pasukan Kawalan Keselamatan Kampung semasa dharurat (Home Guard); dan 
s) Penasihat Jawatankuasa Tanaman Semula Berkelumpok RISDA Kawasan Pantai Besar (perkhidmatan terakhir beliau sebelum meninggal dunia).

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya