Posts

Showing posts from October, 2013

RIADAH MALAM DI DATARAN MASJID PUTRA

Image
Bagi warga Putrajaya dataran masjid putra antara tempat 'lepak' pada waktu malam yang paling digemari. Suasana di situ akan lebih meriah pada malam minggu. Penuh dengan famili yang bawa anak-anak bersantai. Antara aktiviti mereka di situ ialah bermain kasut roda,cycling,berkelah,bermain lampu lastik( kalau nak tahu apekebende ni gi le tengok malam2 kat situ) dan lain-lain. Terdapat ramai peniaga-peniaga yang mengambil peluang menjual permainan berlampu di sini. Selain itu ada juga yang menjual makanan ringan dan minuman secara jalanan dan juga menggunakan lori. Kalau cuti sekolah pasti lebih ramai. Bagi yang ingin menikmati panorama malam Putrajaya boleh Lah singgah ke sini..anda pasti kagum dengan lampu neon sekitar masjid dan tasik putra. Ini juga salah satu cara kita meluangkan masa bersama anak-anak..biarkan mereka bermain dengan gembiranya. #jangan lupa kerjakan solat bagi yang belum menunaikannya.masjid depan mata je kan

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Image
Merupakan Rumah Peranginan yang diselia oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.Lokasi:Tanah Rata 39000 Cameron Highlands, Pahang.Berdekatan Padang Golf .  GPS : 4.48916, 101.37625.Keterangan lanjut unutk tempahan dan pertanyaan < di sini > pandangan dari koridor bilik..taman permainan di bawahnya. depan RPP..ade ruang santai bilik luas dan selesa..twin and single bed..gambar ihsan BPH. Kadar bagi Apartment 2 bilik RM50 semalam dan bilik biasa adalah RM25/malam.Bagi banglo pula kelayakan kepada gred 48 ke atsa dengan kadar RM100/malam.Selalunya apartment la yang cepat full.

Cameron Highland Lagi

Image
Percutian sebelum raya haji pada 12.10.2013. Dua hari 1 Malam.Sempat lagi ke sana sebab my husband dan kawannya dah book Rumah Peranginan Persekutuan(RPP).Nanti stori pasal RPP ni ye.Enjoy! tanaman strawberi.. strawberi yang dah masak.. kaktus untuk dijual..cantik kaktus besar taman bunga sejuk berkabus mat bunga famili pekebun..sayur hidroponik

PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN DIKELUARKAN PADA NOVEMBER

Image
Semalam tengok berita KSN cakap pekeliling tersebut akan dikeluarkan pada bulan depan. Sebanyak 81 skim telah ditambahbaik seperti yang diumumkan dalama bajet 2014. KSN kata penjawat awam yang terima surat tawaran hendaklah pertimbang dengan baik akan perubahan skim masing-masing.TERIMA SURAT??0:) Skim apakah yang terlibat?sama-samalah kita nantikan November ni.Harap gred N dapat perhatian.;-)

Backyard Monsters Dinosaurs Putrajaya

Image
Date: 31 August 2013 - 28 February 2014 Venue: Marina Putrajaya (Pusat Maritim Putrajaya) Pameran itu bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran tiket RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak.

Satay...Satay

Image
Hari ni perut full..makan..makan dan makan.Malam ni melantak char kuey teow dan satay di Laman Perdana,bersebelahan Kompleks JPM dan Dataran Masjid Putrajaya. Harga masih kekal 0.70 sen secucuk.Pilihan yang ada ayam dan daging.Itu pun tak termakan. Rasa ok sedap.B-)

Gerai Laksa Dan Cendol,Shah Alam

Image
Gerai terletak selepas laluan masuk ke I-City..then terus peh tu belok kiri..gerai ni terletak depan kilang ape aku lupe..tapi ada bengkel..peniaga guna lori putih untuk gerainya.sebelah kiri jalan dah nampak. Ramai jugak yang beratur masa aku makan kat sini.Nak makan Kat situ ada fisediakan kerusi.Kalau penuh,ada yang makan bersila bawah pokok dan makan di dalam kereta saja.Memang laku la..Laksa dia sedap dan kuah pun pekat.Petis turut disediakan bagi yang gemarkannya. Gerai ni cuma jual laksa Dan cendol je.Tapi masyuk. Cendol kat sini pun sedap.Ada 3 pilihan biasa,pulut dan tapai.Kitorang siap tapau bawa balik cendol dan laksa.Memanh 'hantu' laksa sefamili. Dan satu lagi stimewanya gerai pernah dikunjungi oleh rancangan Jalan-Jalan cari makan kat tv3.Bagi penggemar laksa cubalah ya.Next aku nak try kat Bangi lak.Selamat menjamu selera.