Pegawai kanan nikmati semula elaun keraian mulai 1 Julai

PUTRAJAYA 24 Jun - Bermula 1 Julai ini, para pegawai kanan kerajaan gred 54 ke atas akan menerima semula imbuhan tetap keraian pada kadar asal tanpa sebarang pengurangan.‎

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, ‎‎ia berikutan langkah kerajaan melaksanakan pindaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 ke atas Imbuhan Tetap Keraian, kemudahan tol dan kelayakan tiket penerbangan para pegawai kanan perkhidmatan awam.

Menurutnya, para pegawai kanan kerajaan ‎akan menerima semula nilai maksimum bayaran tol sebanyak RM500.

"Bagi penerbangan domestik, pegawai gred 53 hingga JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) C atau setaraf berkelayakan dinaik taraf ke kelas perniagaan.

"Untuk penerbangan luar negara melebihi empat jam yang menggunakan khidmat Malaysia Airlines (MAS), pegawai gred 54 dan ke bawah layak mendapat kemudahan dinaik taraf ke kelas perniagaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara dengan pegawai perkhidmatan awam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140624/dn_27/Pegawai-kanan-nikmati-semula-elaun-keraian-mulai-1-Julai#ixzz35coXd0SN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya