PENGANJURAN PERLUMBAAN KERETA FORMULA E DI PUTRAJAYA PADA 21 HINGGA 23 NOVEMBER 2014

gambar:perbadanan putrajaya
Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Program Perlumbaan Kereta Formula E pada 21 November hingga 23 November 2014 bertempat di sekitar Putrajaya. Formula E adalah perlumbaan kereta eletrik yang baru diperkenalkan di bawah pengawasan Pertubuhan Otomobil antarabangsa (FIA). Program Perlumbaan Kereta Formula E di Putrajaya ini merupakan perlumbaan Siri Kedua diadakan selepas Beijing. Untuk makluman semua, litar perlumbaan di Putrajaya yang telah dikenalpasti adalah sepanjang 2.56 km melibatkan laluan Persiaran Perdana, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan P2D dan Jalan Pembangunan. Di sepanjang laluan tersebut akan dibina kawasan tempat duduk pengunjung (spectator area ), ‘pit stop’ serta laluan perlumbaan. Kesemua jalan-jalan yang berkenaan akan diTUTUP sepenuhnya semasa perlumbaan berlangsung. 

pelan litar perlumbaan

Sehubungan itu, pihak Perbadanan Putrajaya juga memaklumkan kerja-kerja penyediaan trek dan kemudahan sedang giat berjalan dan ini akan menyebabkan beberapa jalan yang terlibat ditutup bagi tujuan itu. Seterusnya, pihak Perbadanan Putrajaya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dari kerja-kerja pembinaan untuk Program Perlumbaan Kereta Formula E.
gambar:perbadanan putrajaya

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya