Langkah Ceria @ Putrajaya Edisi Januari 2015

Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Program “Langkah Ceria @ Putrajaya & Kempen Kibar Bendera W.P Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 25 Januari 2015 (Ahad) lalu di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

YB Dato’ Seri Utama Tengku Adnan b. Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan juga telah merasmikan pelancaran Bendera Wilayah Persekutuan, bersempena “Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2015”.

Lebih kurang 5,000 orang menyertai acara ini yang terdiri daripada orang awam, penjawat awam, pelajar sekolah dan komuniti Putrajaya.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh YB Menteri Wilayah . Selepas itu, diikuti sesi senaman regangan dan pelepasan para peserta. Kali ini acara di bahgiakan kepada dua jarak iaitu 5 Km dan 3 Km. Selama ini kitorang follow je jalan hampir 8km. Kali ni cuma pilih 3km. Stamina dah kurang kot!Takdelah,sebab kesian kat anak-anak yang ikut join sama.Penat kang dorang nak jalan.

Memang menyeronokkan bila join aktiviti begini.Disamping sihat, boleh try nasib untuk sesi cabutan bertuah.Kalau ada lucky ada la rezeki. Untuk makluman Langkah ceria di Putrajaya ni setiap bulan ada.Minggu Ke-3/Ke-4 Ahad gitu.Leh la join ye nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya