Restoran Upin & Ipin Ayer8, Presint 8, Putrajaya

Sempena birthday my gegurl orang pada 24 Mac hari tu, kitorang terjah Restoran Upin Ipin yang terletak di Ayer8 Presint .Pilih restoran ni sebab dekat ngan umah dan sesuai untuk bebudak.
Masa datang hanya kitorang sahaja yang ade. So bebas le bbeudka ni nak lari ke nak main ke nak explore kedai tu.Lokasi kedai strategik sebab mengadap tasik, sambil makan sambil menikmati keindahan malam pesisiran tasik.
Dari segi makan, agak kurang menunya.Serius masa nak oder jadi blur.Tak tahu nak pilih ape.Pada aku biasa-biasa ja.Menu tak banyak choice.Harga standard le nama pun dok ayer8..mahal ckitla.(ya ampun owner..jangan marah erk..customers always right gitu).Pada aku better lagi kat cawangan Bangi tu.Moh tengok ape yang dapat dioder malam tu.


air chokopin (2) rm2.50/unit, teh o ais rm2.50 dan teh tarik rm2.50
nasi goreng durian runtuh RM7.90
spagheti carbonara RM10.90
Nasi goreng Upin Ipin RM9.90
Ha dah tengok menu tu.Korang rasa gumane?Harge sume dalam RM43.35.Bagi yang nak try gi cawangan Ayer8 ni leh la terjah lokasinya di sini:
Promenade Putrajaya,
C1-LG-03/C1-G-03 Ayers @8,
Presint 8,
62250 Putrajaya

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya