Posts

Showing posts from April, 2015

Novel Hati Perempuan

Image
Novel Hati Perempuan ni sekadar menambah koleksi memandangkan cerita ni pun tengah hot sekarang di slot Akasia TV3.Beli di popular book kat Aeon Seri Kembangan.Nasib baik dorang dah restock mas aku gi.Time beli ada rebet lagi..dapat le rege RM20.25 satu (beli dua hari tu RM40.50) Me nengok ape cer novel ni: Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.  Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran  disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” -  Tengku Zaril. “This is yours?” -  Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You m

Nostalgia Stesen Keretapi Lama Tanjong Malim

Image
berada di sini seperti berada di zaman 80an..stesen keretapi lama tg.malim yg dilupakan..teringat kenangan masa berulang dulu dari selayang ke slim,ku kan singgah di sini untuk sarapan pagi dahulu.nasi lemak sedap sambal sotong. KTMB ditubuhkan pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai. KTMB menyediakan perkhidmatan komuter dan kereta api antara bandar kepada pelanggan yang berkeinginan ke mana-mana destinasi. KTMB menyediakan laluan Pantai Timur dan Pantai Barat. Bagi perjalanan KTM komuter, perkhidmatan setiap sejam sekali disediakan dari Tanjong Malim ke Rawang. Dari Rawang, penumpang bolehlah meneruskan perjalanan mereka dengan menaiki tren komuter lain. KTMB juga menyediakan tren SHUTTLE. KTMB juga telah melancarkan tren ETS baru-baru ini yang beroperasi antara Sentral KL dan Ipoh. Tren ETS bergerak lebih laju dan tiba ke destinasi perjalanan dalam masa yang singkat. Harga yang ditawarkan oleh KTMB agak berpatutan dan potongan harga turut diberikan kepada warga ema

wang pos vs kiriman wang

Image
Kembali ke zaman dulu.wang pos vs kiriman wang..zaman sekarang sapa lagi pakai wang pos.. semua main bank in sahaja kan..yg pasti bebudak asrama dulu-dulu slalu tunggu wang pos drpd mak ayah.smile emoticon. Di United Kingdom (UK), wang pos - (Postal Order) digunakan bagi menghantar wang melalui surat. Di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai kiriman wang pos (postal money order). Wang pos bukanlah, secara rasmi, sah diperlakukan (wang sah) sebagaimana wang kertas bank, tetapi merupakan jenis nota janji hutang, sama seperti cek. Wang pos boleh dibeli dan ditunaikan di pejabat pos di UK, sungguhpun wang pos berpalang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank.Sehingga April 2006 wang pos cuma boleh dibeli dalam nilaitertentu, namun disebabkan kepopularannya ia telah direka semula supaya lebih fleksibel dan selamat. Penerima dan nilai wang pos kini boleh ditentukan ketika membelinya, menjadikannya lebih serupa dengan cek.

Beduk,Tabuh dan Kolok

Image
Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi Berkumandang Suara Azan Mandayu Memecah Sepi..petikan lagu raihan.. Ada yang memanggil kalok,beduk dan tabuh. Kini ia semakin di lupakan..kalau di tanya pada bebudak sekarang pasti tidak tahu apa nama benda ini.@ tak pernah jumpa.kat kampung aku sekarang dah tak guna benda ni.Sekarang pakai siren je.

Kerajaan umum kadar gaji baharu Gred 11 hujung tahun

Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 penjawat awam dalam Gred 11 yang berpendapatan antara RM832 dan RM850 hujung tahun ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata selain itu, semakan semula terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang kini dinikmati 1.4 juta akan turut diumumkan. Zabidi berkata, semakan semula terhadap gaji bagi Gred 11 sudah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 2002, 2007 dan 2013. "Semakan ini dilakukan mengikut tahap yang sesuai dengan kadar semasa. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/48690 **syahdu...zaman kenaikan kos..gred kite(gred N17 naik gaji?) bile nak dipandang ha

Tugu Negara Kuala Lumpur

Image
Anatara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur ialah Tugu Negara. Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.-wikipedia  sambil makan ais krim sambil posing..background perwira   saya lagi...time ni saya lak yang terlebih excited nak berposing..selalu saya ni susah ckit nak bergambor...  saya lagi..lihat ade air terjun la..uii jakun ckit...hati2 dik..  cam best je kalau dapat main air ni kate si adik baju merah tu..  cantik dan tenang je rasa..  taman monumen..feel rileks and cool  posing sikit lagi bertiga lak.. Eh..jangan tembak kite..Ok..bye jumpe lagi ya.Jangan lupa pergi melawat ye.Ni lokasi nya: National Monument-3.1483514,101.69201

Cari Ikan Masin Di Kuala Gula

Image
 Balik dari makan di restoran terapung JS muara   kitorang singgah di sebuah rumah penduduk berdekatan yang membekal ikan masin..Alamat cam di atas tu..Masa kitorang datang yang ada hanyalah ikan belanak masin aka ikan kedera.. ini le urpenye ikan tu..bagi yang nak kenal le..so far harga dia okla..sekila RM10..aku borong 2 kilo..hamek kau..naik darah le nanti..Bukan aku yang nak melantak pun..sedekah-sedekah kat famili.. ni view kedai/rumah pembekal ikan masin tu..  dah beli..sambil jalan nak balik tu aku perati rumah-rumah kat situ laman rumah dorang penuh ngan kulit kerang..normally kot view gini bagi rumah nelayan..  ada gak kulit kerang yang nampak cam baru lagi diletak..tengok budak tu slamber je main kat kulit kerang ni...aku tak tau ape motif sebanr kerang tu..sama ada sekadar hiasan..atau dikering kan begitu saja dilaman rumah untuk tujuan lain..

JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula

Image
JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak merupakan restoran terapung yang menyediakan makanan laut dan kedudukannye mengadap muara..Istimewa restoran ini adalah penyediaan ketam lembut dan kari sembilang..Lokasinya terletak di daerah Kerian.Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur menyusuri titian gantung untuk menuju ke restoran..tak juah pun titi ni..pendek je..leh loncat2 kasi gegar ini titi..terapung bagai bebola di tengah lautan..  tengok tu ade chalet jugak..balkoni mengadap muara..leh sewa bagi yang suke mancing..leh mancing dari dalam rumah bersama anak-anak dan isteri..bagi kaki pancing mancing dari beranda mane mencabar ye dak..tapi okla sekadar nak berehat sambil melayan hobi tu bersama famili apa salahnya..KAdar