Royal Floria Putrajaya 2015

FLORIA Diraja membuka tirainya mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015.Menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih menarik kali ini, FLORIA Diraja Putrajaya 2015 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia dijangka mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang menantikan pengalaman yang unik menerusi simulasi sebuah Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk di Eropah.
Bertemakan 'Alunan Pancarona', FLORIA Diraja Putrajaya menjanjikan pameran lebih daripada 100 jenis Bunga Lily dan keluarganya dalam suasana taman-taman yang direka khas buat tatapan para pengunjung.
Tahun ini lebih daripada 50 peserta antarabangsa dari 28 buah negara akan mempamerkan hasil seni reka mereka dalam bentuk bunga-bungaan dan landskap. Mereka adalah pereka bunga (floral designers) dan arkitek landskap yang berasal dari Afrika Selatan, Australia, Kemboja, Kanada, China, Denmark, Ecuador, Hong Kong, India, Indonesia, Itali, Jepun, Jerman, Kenya, Korea, Macau, Malaysia, Myammar, Netherlands, Oman, Perancis, Filipina, Sepanyol, Singapura, Vietnam, Taiwan, Thailand dan United Kingdom.
Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk (Spring & Winter Gardens) yang dikawal suhu dan suasana cuaca dengan penggunaan teknologi, menjanjikan pengalaman manis kepada pengunjung dengan hiasan landskap yang terdiri dari bunga-bunga tulip, lily dan bunga ros dari Kenya dan Ecuador.Floral Pavilion yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung akan membentangkan sudut baru iaitu Embassy Row yang disertai oleh negara Kenya, Ecuador, Oman dan Indonesia-SUMBER PERBADANAN PUTRAJAYA
















Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya