Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya

Pada 27 Mei 2015, aku telah menghadiri taklimat dan sesi latihan fizikal kecemasan semasa kebakaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.  Wakil bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tentang latihan kebakaran tersebut. 


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah cara-cara mengendalikan alat pemadam kebakaran, taklimat mengenai kaedah untuk mengelakkan kebakaran di pejabat dan juga mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kebakaran berlaku. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan tentang kepentingan mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan cara pencegahannya.
first ni le latihan yang kitaorang kene wat..angkut hos dengan 3 teknik..bimbit,kepit dan jungjung kat bahu..then lari n bentang..peh tu kene kemaskan balik hos tu....dah le berat..naik ketar kaki aku time ni..mau pengsan kot
ni dorang ajar cara nak menyelamatkan mangsa..ahh..yang mane berat tu kene le guna cara lain..guna kerusi ke unutk tolak or something else yang sesuai..tak sesuai ok untuk aku yang slim ni nak angkat mangsa berat2..mau aku yang terjelopok ni..
ni le hos berat tu untuk salur air..hos getah ni berat lebih kurang 20kg kot..maunye tak sakit2 badan aku hari first dan berikutnya..lebam2 gakle
benda ni leh tengok kat jentera bomba..saluran untu sambungkan hos getah ke pili air..suction inlet,deliveri outlet dan hydrant inlet
sesi petang..kawad pancur basah..ni memang uji ketahanan fizikal dan mental..nasible sape yang kene wat tu..aku time ni dah pancit/injured dek latihan sesi pagi  angkat hos tu..memang tak daya dah nak wat yang sesi petang...if aku paksa buat jugak...rasanya mau MC berhari2 ni.
team perempuan yang gagah perkasa ni..semangat je deme..tapi tengok memang letih la..nak angkut benda berat dan lari 1-2 round
panjangnya hos ni dalam berapa kaki erk..lupe..tapi memang panjang le..nak bukak dan bentang senang tapi nak gulung balik..huh berpusing.
hah nampak tak jauhnye nak kene bawak benda alah tu then sambung dengan hos kawan yang lain..sambung dan sambung sampai orang ke-4..
sambung dan sambung sampai orang ke-4..
sedia untuk main air..siram dan siram..
dah selesai padam api..kemas le balik..hah menggulung le ko sampai sudah hos tu..dah le penat berpanas berlari berkejaran tak hilang lagi kan..nak concentrate kat hos ni lak..
dah setel kawad pancur basah..edisi memadam api guna alat pemadam api tong merah tu pulak..berat tong tu dalam 9kg..uhhh..berat le juga bagi aku yang jenis slim2 ni..
tu dia..api kemain marak..if tersalah arah api tu tak padam le jawabnya.. kaedah memadam api emnggunakan teknik PASS:
P-pull-tarik pin
A-aim-hala ke arah api
S-Squeeze-tekan
S-sweep-layangkan nozle kanan kiri
 Tu je lah kenangan pertama kali aku bersama bomba..bukan senang nak jadi bomba ni..hati kena kental..fizikal mental mau kuat..bersedia untuk menghadapi rintangn dalam menyelamatan orang lain..

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air