Bubur Asyura Pekat Manis Dengan Kekacang

Perhhh..tajuk cam nak bagi resipi je.Bubur asyura ni selalnya dalam bulan Muharram akan ade le gotong royong sebanrnya banyak jenis..depend pada sesuatu daerah/negeri..Bubur asyura utara: Jenis pekat dan manis2, asyura pantai timur, pekat dan mengandungi rempah dan daging,asyura selatan macam bubur lambuk dan asyura pulut hitam yang mana dicurahkan pati santan diatasnya.
Versi yang mak aku wat jenis yang pakai gula merah and ade kekacang dan ubi keledek yang dipotong kecil.Antara bahannya tepung beras, santan, gula putih,gula merah,kekacang seperti kacang hijau,kacang kuda,kacang tanah dan ubi potong kecil dadu (direbus).
Make sure santan dan tepung beras dah betul masak, baru masuk gula and gula merah..then sebatikan dengan semua bahan kekacang/ubi. masak hingga pekat dan akhir nanti boleh le di angkat.Letak atas talam ke tunggu keras..baru boleh potong(cam gambar di atas sekali). Tapi aku suka makan time panas2 tu..sedap..cam makan bubur lak.

Terlepas jugak hajat mak yong nak makan bubur asyura ni.hmmm sedap

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya