Posts

Showing posts from 2016

The Shore Oceanarium, Melaka

Image
The Shore Oceanarium merupakan salah satu daya tarikan pelancongan utama baru di Melaka yang menawarkan lawatan pendidikan yang menyeronokkan. Ia terletak di dalam The Shore Shopping Gallery @ Pinggiran Sungai Melaka. Untuk makluman, pelawat digalakkan untuk mencari jawapan berdasarkan lawatan sepanjang berjalan di sekitar akuarium laut. Tak susah pun sebenarnya,tiap kali nampak tempat yang ada chop/rubber stamp kat situ le ade jawapan berdasarkan soalan.Just cop sahaja. Borang yang telah lengkap dengan jawapan yang betul boleh ditebus untuk cenderahati di kedai hadiah.Dapatlah fridge magnet Oceanarium sebagai tanda kenangan. Memandangkan dah dapat 2 keping tiket dewasa secara percuma dari Utusan, so apa lagi jangan lepaskan peluang yang ada. Kami terus ke Melaka walaupun day trip. Sampai di sana cuma tambah lagi 3 tiket kombo yang berharga RM25 untuk seorang kanak. Bila dah dapat tiket kami diberi cermin mata 3D, Badge Oceanarium dan 3 keping kertas soalan untuk setiap ana

KEPUTUSAN PSL PENOLONG PEG. TADBIR GRED N29 DAH KELUAR!!

Tadi baru semak web JPA ...jeng..jeng..jeng..dah ada result untuk PEPERIKSAAN KHAS UTK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEG. TADBIR GRED N29 (PSL) 2016!! Dengan debaran di hati aku pun key in nombor ic..tudiaaaaaaaaaaaa...huaaaaaaa...telah kucuba sedaya upaya tapi apakan daya..masih satu paper tinggal untuk diulang..entah sampai bila..dah confident jawab pun cenggitu jugak..redha ajele..jangan menyerah! Korang camne?Tahniah lah pada yang lulus semua paper..yang lulus first time amik paper dan yang lulus last paper..satu paper ja lagi ni...why! Cuba lagi tahun depan...

Makluman Pemenang Peraduan Oceanarium Utusan Malaysia_KUALA LUMPUR

Image
Alkisah pada suatu hari..... Tengok kat FB pasal Utusan Branding tawarkan tiket percuma. Aku pun apa lagi join la.Kumpul keratan akhbar tu.  One day sampai la masa untuk pengumuman pemenang. Tanpa disangka....disuatu malam..aku gatal kan tangan nak buka emel.. Then...... Tetibe................ TAHNIAH ANDA BERJAYA!   *SILA RUJUK IKLAN YANG DILAMPIRKAN (ATTACHMENT) UNTUK TUNTUTAN TIKET.   TERIMA KASIH UNIT PENGURUSAN JENAMA UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD Ya Allah..syukur..tak sangka dapat..padahl suka suki je..Maka edisi menebus untuk 2 tiket dewasa ke Oceanarium dan Sky Tower berjaya. 4 kepala keratan akhbar telah ditebus dengan 4 tiket.Yahoo...jom jalan!Thanks Utusan!Syukran Ya Allah.

CUEPACS rayu bonus satu bulan untuk persediaan Aidilfitri Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159342

CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi. "Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. "Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi. Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya. "Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan. "Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per emp

Penambahbaikan Kepada Pembantu Tadbir?

Hari ni genap 11 tahun aku bergelar seorang penjawat awam yakni Pembantu Tadbir..bermula pada 12.4.2005 aku bertugas di Kementerian Kewangan dan selepas 8 tahun bertukar ke Jabatan Perdana Menteri. Banyak suka duka bila berada di antara dua Organisasi tersebut. namun apa pun kisahnya sebagai PT benda yang paling ditunggu adalah Penambahbaikan terhadap kumpulan kami. Baru ni ada viral di WhatsApp berkaitan selesainya 252 skim yang diwar-warkan ketika bajet 2016 swperti di bawah: ############################## Pada 7.4.2016 JPA akan mengeluarkan pekeliling Bil.1/2016 berkaitan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan. Selepas ini angka akan menjadi 240 skim perkhidmatan berikutan pemansuhan, penjumudan, tukar lantik bbrapa skim melalui siri2 engagement JPA/Cuepacs/ MBK/Kesatuan dan BPSM semua Kementerian masing2. Ianya juga terkandung dalam Budget 2016. Antara intipati@ cadangan yg diperolehi ialah penyeragaman skim, kod gaji, peluasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindan perbekalan,