The Shore Oceanarium, Melaka

The Shore Oceanarium merupakan salah satu daya tarikan pelancongan utama baru di Melaka yang menawarkan lawatan pendidikan yang menyeronokkan. Ia terletak di dalam The Shore Shopping Gallery @ Pinggiran Sungai Melaka.

Untuk makluman, pelawat digalakkan untuk mencari jawapan berdasarkan lawatan sepanjang berjalan di sekitar akuarium laut. Tak susah pun sebenarnya,tiap kali nampak tempat yang ada chop/rubber stamp kat situ le ade jawapan berdasarkan soalan.Just cop sahaja. Borang yang telah lengkap dengan jawapan yang betul boleh ditebus untuk cenderahati di kedai hadiah.Dapatlah fridge magnet Oceanarium sebagai tanda kenangan.

Memandangkan dah dapat 2 keping tiket dewasa secara percuma dari Utusan, so apa lagi jangan lepaskan peluang yang ada. Kami terus ke Melaka walaupun day trip. Sampai di sana cuma tambah lagi 3 tiket kombo yang berharga RM25 untuk seorang kanak. Bila dah dapat tiket kami diberi cermin mata 3D, Badge Oceanarium dan 3 keping kertas soalan untuk setiap anak. 
Jom kita roun-round dalam ni..antara yang ada di sini. Tapak sulaiman.Nak pegang boleh tapi jangan keluarkan dari air..pastikan pegang dalam air ye. 
 
Sepanjang perjalanan lawatan, anda akan mendapati gambar 3D. Selepas mencari simbol 3D, pakailah cermin mata 3D tu supaya akan kelihatan gambar seperti hidup. Macam berenang-renang gitu.
 
Ini dugong..walaupun rupamu tidak pernah ku jumpa..namun namamu tetap menjadi poojaan hati..Bila dah tengok baru tahu.Cenggitu rupanya.Eh hidup ke tak tu sebenarnya.Dok lak dalam ruang yang sempit,tak kemana le kamu.BErat je aku tengok dia ni.haih! 
baby Nia tekun hadap ikan-ikan tu gi mari gi mari..kalau boleh cam nak renang je sama-sama dalam tu..erk..hadap ok..hadapp 
 Kat sini ada penyu jugak tau. Ada la beberapa ekor.Hari tu gi Terengganu teringin nak jumpa encik penyu,tapi tak dapat,encik replika je yang ada.Ha ni mik kau..hadap la penyu-penyu itu secara live.Nak bagi makan pun boleh tapi kene la kua duit sikit.Tak po la encik penyu,mintak mahap bebanyak..budget tak seberap hado,kite pun lapau tau,tak makan lagi.
Ha, tengok anak kite ni encik penyu.Nak dikokaknye si ikan jaws ni.Lapau bebenau eh.Adik dia dah selamat dok dalam mulut si jaws.Habisla..I'm coming my dear..Suka la bebudak mai tempat cenggini..leh alri-lari,baca nya tak pun info pasal ikan-ikan ni.Tengok je ye.Apa daa..mak dia pun tak serajin itu,camno.Apapun enjoy la dapat tebus tiket tu adn luang masa dengan dorang. HA bagi yang nak rancang percutian sempena cuti sekolah boleh la usha-usha kat sini.Kat dalm The Shore ni bukan takat Oceanarium je ade,Sky Tower pun ade.Nanti kita cerita ye.

Comments

Warisan Petani said…
Dh pegi.
Memang menarik tempat tu.

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya