Tragedi Februari

Kisah berlaku ketika kami dalam perjalanan pulang dari Ipoh. Pergi Ipoh sebab ada appointment dengan pejabat guaman dan pemaju bagi urusan rumah.

Dipendekkan cerita masa otw balik ke Sungkai dan time di Tapah nampak agak sesak kat higway, kami pilih untuk keluar susur Tapah. Masa nak keluar sebelum tol Tapah entah camne kereta dinaiki kami terbabas dan melanggar divider tengah jalan. Masa tu Tuhan je tahu camne perasaan ni..kereta berpusing jugak le sebelum hentam divider (2x hentam).Dah fikir apa akan jadi selanjutnya. Selepas tu kitorang cepat-cepat keluar,kejutkan dan selamatkan anak-anak.Yele takut jugak,buatnya kereta meletup ke apa. Lari dok tepi jalan. Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kami. Cuma aku and anak yang kedua tu yang alami luka. Nasib ada kereta yang lalu,hulurkan bantuan.MElihatkan anak aku yang perempuan tu dah berdarah banyak keluar dari dahi dia, aku,anak-anak dan ayah aku tumpang kereta tu pergi ke Hospital Tapah. Sementara husband uruskan kereta dengan pihak PLUS dan towing.
Anak aku diberi jahitan kat dahi. Dapat MC seminggu.Melekat le parut tu sekarang ni. Ambik masa jugak nak baik.
Jari aku yang lebam dan bengkok jadinya. Memang sakit masa tu.Masa kat hospital dah wat x-ray tapi takde patah. Aku cakap kat doktor rasa sakit sangat. Doktor bagi ubat tahan sakit je. Malam tu jari aku naik lebam dan bengkak.Esoknye pergi klinik dekat rumah mak aku,dapat la tambah mc..huhu..Balik Putrajaya pergi klinik lagi sambil wat dressing untuk anak. Kena xray lagi.Doktor pun tengok jugak jari tu memang nampak bengkak,tapi dorang tak nampak kesan.Katanya mungkin pendarahan dalaman kot. Aduhai..sampi sekarang jari aku nan sebatang ni benjol lagi. Aku pun dah malas nak rawat..biar jele.

Minggu ni dimaklumkan kereta kitorang dah siap..lama jugak le tunggu nak siap..kira-kira dalam sebulan setengah dok kat bengkel untuk dibaikpulih. Actually bila pergi mana-mana kadang masih lagi dihantui perasaan takut tu..terutama time jalan sesak ke,nervous je.

Nak tak nak kena hadap jugak.Moga perjalanan kita sentiasa dilindungi olehNya.


Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya