Bukit Gambang Safari Park

Bukit Safari Park Gambang (BGSP) adalah antara Taman Safari terbesar di Malaysia. Ia membawa pengunjung untuk menjelajah haiwan eksotik dari seluruh dunia. 

Untuk makluman  Waktu Operasi ditutp pada hari Isnin dan beroperasi pada hari Selasa, Rabu & Khamis mulai jam 12 tengahari hingga 9 malam. Manakala hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 10 pagi sehingga 9 malam. Tiket bagi dewasa Rm48 dan kanak-kanak atas 90cm dikenakan caj sebanyak RM38.
Di atas ni jadual pertunjukkan yang terdapat di Safari. alang-alang dah masuk situ eloklah korang pergi tengok semua show tu. Kitorang sampai Safari dalam kul 2. First dapatkan tiket tram RM2 seorang untuk naik ke platform pertama. Show pertama Predator Show.
Inilah ruangan untuk tengok Predator Show. Nak ke tapak show ni kena berjalan le jugak. Merentas kepanasan ibarat gurun yang ada kat situ. Mau nye berlari-lari anak aku masa tu coz nak cepat masu dalam show room..panas.Actuallay ada payung disediakan tapi tak tahu pun masa tu.Berpanas la kitorang.Sabar jele.
Ok, kat sini ada persembahan tapir,harimau,singa putih,dan lain-lain. Tengok jele aksi dorang sambil dengar jurucakap persembahan berceloteh.Pandai je animal ni berlakon erk.
Unta padang pasir..Ya Ali Baba..first time tengok dekat-dekat..sesuai la tempat inap unta ni dengan kepanasan kawasan yang kiotrang lalui unutk tengok predator show tu.Umangg aihh..paneh bagai di gurun.Nak tenung-tenung ente pun ana tak lalu la..hangat.Nak naik unte ini ente kena bayar lah.10 riyal...kalau ente sanggup berpanas semata-mata mau naik ini unte dipersilaakan..xsyangguppp..
Next kita naik tram pulak jelajah Wild Savannah yang memaparkan haiwan perayauan bebas di habitat naturalistik mereka.Terdapat seorang pemandu pelancong yang akan bercerita kepada pengunjung bagi setiap point yang kita lalui. 
Amaran ya,masa dok dalam tram ni jangan bukak tingkap dan pegang kuat terutama yang dok tepi tingkap atua kanak-kanak. Terdapat laluan yang agak sukar dan hampir dengan ranting pokok. Bukan ape takut kang terantuk kepala or terkena libas dek ranting-ranting kayu.
Antara haiwan yang ade  White Lion, Brown Bears, Cheetah, Zebra, harimau, gajah dan banyak lagi..pengunjung boleh memerhati haiwan lain di dalam habitat semula jadi mereka. 
Dah selesai jenjalan dalam habitat wild savannah..time untuk berjalan ke ruang yang dibina ala-ala shopping mall..forest land..nampak cam kompleks je bertingkat-tingkat..kat sini ade Bird Valley, Forest Arena,monkey,bear   
 antara penginapan burung yang disediakan..pelbagai spesies burung ada di sini..ada yang pengunjung bagi makan..
k
 Jom ke foreign village pula..nampak cam rumah kampung kan..siap ada rumah kat sini..bawah and halaman rumah ada reban ayam..tapi aku masuk rasa cam gatal lak muka..ade hama ke..huhuhu
ayam belanda..kluk..kluk
si kecik suke benau ngan animal yang ala-ala cat..tapi yang dia tengok tu rabbit..aku perhati dari jauh je..dah tak sedap muka haih..gatal semcam ja..
 now we are here..saddle castle..ni menghadap village tadi..di sini letaknya beberapa ekor spesis kuda..ada kuda tompok-tompok..kuda rambut beruban dan kuda lain-lain yang aku tak sempat nak hadap..ahahhaha..iolls dah penat kot 
last show yang mampu kitorang terjah at 6.00pm located at Village arena/foreign arena is multi animal show..eh kakak baju pink yang jadi jurucakap kat predator show tu lagi la..ok..memang duty dia kot..Memang terlatih la haiwan-hawian kat sini..mendengar cakap semuanya..huhuhu

Bagi korang yang berkeluarga tentu le bawa anak-anak kan..diingatkan makanan luar tidak dibenarkan bawa masa masuk ke dalam safari ni..kalau lepas pun mineral water je..dorang check masa kat gate masuk beg yang di bawa.. aduhaii..memang parak le kalau nak membeli kat dalam safari tu.. harga air 2x ganda..tambah lak masa tu cuaca panas..bebudak cepat haus..kita yang besar ni pun sama..itu antara perkara yang kurang menyeronokkan la..money is everything lol!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya