Bukit Gambang Water Park

Taman Air Bukit Gambang dikatakan antara taman tema air terbaik yang terpanjang terbesar dan paling luas di negara ini. Dengan keluasan 45.8 ekar yang direka dan dibina di dalam hutan sekunder. Ianya dikelilingi landskap dan alam semula jadi. 
Kebiasaanya pengunjung pada musim puncak dan hujung minggu lebih ramai. Kitorang pergi pada 1 Mei..kebetulan hari tu cuti Hari Pekerja . Memang ramai la yang mengambil kesempatan untuk berehat dan mandi manda di situ terutama golongan muda. Disebabkan part untuk dewasa dipenuhi pengunjung muda yang bercuti waktu tu,terpaksa la kitorang lepak kat pool bebudak je. Takpela asalkan dorang happy. Selalunya bab mandi pool ni bebudak lah yang excited.Layankan aje.
Dah mandi sure le pakat lapar dan dahaga. Yang tak bestnye kalau masuk theme park ni makanan tak boleh bawa masuk. Sudahnye siap sedia le duit lebih kalau nak makan. Kat sini guna sistem Top Up. Bajet la berapa yang korang nak then gi beli makanan just scan gune tag kat tangan tu. Contohnya aku bayar kat kaunter Top Up RM50.So dah scan kat tag tu ade RM50. Gi la kaunter makanan beli apa2 then dorang akan scan tag tangan kita tu.Tolak duit dari situ. Jika ada baki nanti sebelum pulang kita leh refund kat kaunter masuk (luar). Harga makanan, faham ajele. Nasi ayam je dah RM12+ camtu.HUHUHU..kopak mak tau.
 Sudah selesai mandi..time untuk balik. Ngantuk pun ye...posing dulu. Balik check in homestay pulak.Rehat dan malam kang kua dinner kat Tanjung Lumpur. Sambung lagi stori nanti!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya