Posts

Showing posts from July, 2017

Edisi Kayuhan: FELDA Cyclorun 2017,Putrajaya

Image
Acara berlangsung pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya bersempena Hari Peneroka Felda Kebangsaan. Seawal 6 pagi peserta dah berkumpul. Siri kayuhan ni melibatkan 2 jenis iaitu 35km dan dun ride 10km. Kali ni aku pilih 10 km je. Coz fikirkan balik kayuhan kang nak masak la,urus rumah. So jangan buang tenaga sangat.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan briefing keselamatan.  Jam 7pagi acara dimulakan dengan pelepasan peserta bagi kayuhan 35km. Peserta A memegang plat bewarna putih. Aku plat oren bermakna kayuhan jarak 10km. Plat tu juga akan jadi nombor cabutan bertuah dan kupon untuk makan selepas habis kayuhan. So jangan buang benda alah ni ye. Penting kot mana tau ade rezeki nombor naik. Hadih cabutan bertuah masa tu agak lumayan. Hadiah utama 2 biji motor Demak DTM wes. Berangan le nak dapat. Tapi yang bestnye kedua hadiah tu peserta wanita yang dapat. Perhhhhh. Jeles siot. Hadiah lain seperti home theatre, TV LED 60' barang letrik dll. Tak de rezek

Aidilfitri Kian Berlabuh

Image
Assalamualaikum.. Dah lama tak update blog sejak ramadhan yang lalu. Kadang benda ni ikut mood. Kalau mai rajin,on la blog ni..kalau dah malas,memang akan 'gelap' le blog ni dibuatnya. Aidilfitri tahun ni, disambut sederhana aje. Tahun ni giliran rumah parent aku.Sementelah pulak tahun ni si suami bertugas pada hari raya. Tetapi nasible dia sempat beraya bersama kami di pagi raya.Petangnya baru pulang ke Putrajaya menyambung berkhidmat kepada negara. Raya kedua petang selepas kerja,dia dah balik semula ke Sungkai. Raya ke-3, baru si suami bercuti sepenuhnya dan kami pulang ke rumah parent dia pulak kat Taiping. Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan jumpe kengkawan masa form 5 dulu. Walau tak ramai yang dapat berkumpul, tapi oklah. Berhubung semula setelah hampir 18 tahun meninggalkan alam form 5. Masing-masing dah bawa haluan. Sibuk dengan kerjaya, rumahtangga dan peribadi. Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.Dah na