Disiniland Agrofarm & Resort, Batu Kurau



Disiniland merupakan zoo mini di Batu Kurau. Namun taman ini bukanya seperti zoo yang dipenuhi oleh pelbagai binatang juga binatang eksotik. Pendek kata, ianya lebih kepada binatang peliharaan yang kebiasaanya dapat dilihat dengan lebih dekat.

Selain itu, terdapat aktiviti seperti menunggang kuda, memanah,naik ATV,memanah berkuda dan memancing ikan .
memancing ikan talapia

memanah..

tu dia..habis dibalunnye husband aku memanah..patut 10 peluru je tapi dia over dah..

menunggang kuda..boleh naik dua orang.dewasa n budak ye

naik ATV..hah ni pun leh naik berdua tapi budak sorang dan dewasa la

Jarang nak tengok unta secara dekatkan..ni la dia si Minah dan Abu yang juga boleh dilihat secara dekat, nak pegang dan bergambar.


Antara binatang yang ada antaranya seperti kuda, unta, burung, rusa, arnab, burung (lebih 15 jenis spesis) dan unta. Anda juga boleh membeli makanan untuk binatang yang dijua.

ayam

kuda

meh pegang kuda

burung unta

ni ayam keluk-keluk..ayam belanda kot

kancil ke rusa tu tah..lupe..gambar lak tak clear..bebudak amik jauh

lembu

pelbagai jenis burung ada

Bagi anda yang berminat boleh berkunjung ke Disiniland yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 6.30 petang,manakala pada cuti umum dan Sabtu/Ahad taman dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Harga tiket masuk ke Disiniland bagi pengunjung berumur 13-59 tahun (RM6) manakala bagi kanak-kanak, 3-12 tahun (RM4) malah bagi aktiviti menunggang kuda, memancing ikan turut dikenakan bayaran yang berpatutan.


Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya