Friday, November 03, 2017

# Jalan..Jalan

Pengalaman Naik Cable Car di Genting Skyway

Genting Highlands (Tanah Tinggi Genting) terletak di sebuah perbukitan yang berada di antara sempadan Pahang dan Selangor.Merupakan antara puncak gunung dari pegunungan Titiwangsa di Malaysia serta menjadi tempat resort terkenal dengan nama Resort World Genting. 

Plan asal kami hendak ke Genting Premium Oulet (GPO) yang baru dibuka pertengahan tahun lalu untuk kunjungan orang awam. Ini merupakan oulet kedua selepas Johor Premium Outlet. Well, kalau pergi sini memang rambang mata la. Terdapat lebih 150 jenama yang menawarkan harga yang agak berpatutan. Kalau jenis yang tak kisah pasal ongkos, leh la shopping kat sini dengan pelbagai jenama berkualiti. Kami ni takde le nak shopping. Just tengok sikit-sikit, dah bosan.Hahahah.

Actually hati melonjak nak naik cable car. Masa singgah solat di masjid berhampiran GPO ternampak deretan cable car turun naik. Kebetulan dalam GPO tu ada stesen cable car untuk kita naik terus ke Awana Resort. Tanpa berlengah terus ajak husband gi stesen. Nak jugak naik,sekali seumur hidup kot.

Harga tiket letak kereta kat GPO RM8.

Ok, bila dah jalan kat GPO jangan lupa pergi ke bahagian atas menuju stesen skyway. Then langkah pertama adalah beli tiket standard gondola yang beharga RM. 8.00 sekepala satu hala. Kami ambil return ticket so total perlu di bayar RM112 untuk (7 orang x2). Ketar pulak tangan eh nak kua duit sebanyak tu..huhuhu..dasar penjimatan betul.

First time naik cable car.. Hope tak gayat..aku ni spesis gerun dengan ketinggian..seriau. Sepanjang jalan tak tengok sangat kat bawah..pandang straight and atas ja. Pening kepala pulak kang tengok bawah.

Dalam perjalanan turun naik cable car ni, kita boleh menikmati pemandangan alam yang masih alami dan melihat dengan jelas pohon-pohon besar dibawah.  Bebudak ni pun muka kecut jugak...tapi lama-lama ok dah. 
 

Kepada yang suka jenjalan tak tau ke mana hala, leh la pergi GPO tu cuci mata. Nak pergi theme park masih dalam renovation. Kalau malas perabis duit shopping gi la nikmati keindahan alam yang masih ada sektiar Genting.
Kalau rajin la nak 'memanjat' bukit dan melalui liku-liku jalan Genting kannnn.

No comments: