Kursus di Benum Hill, Raub

Dah lama tak keluar berkursus di luar kawasan..sekali dapat emel,nama naik lagi untuk gi kursus kecemerlangan PT..aduhai berat hati sungguh nak gi..dalam kepala fikir anak dan suami je..jenuh la mr husband nk urus anak nanti..setelah berbincang akhirnya pergi jua aku menyertai kursus tersebut.


Bermulalah perjalanan dari Putrajaya ke Raub yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Kursus bermula pada 15-17 November 2017 (3 hari 2 malam la di sini).


Pintu masuk Kem PLKN Benum Hill Resort,Raub. 


Antara aktiviti pagi.. senaman 


Pepagi berkabus dan segar je di sini.. dikelilingi bukit bukau dan pepohon hijau. 


Laluan yang digunakan untuk ke dewan..pokok sepanjang jalan.


Dinginnya di pagi ini..sepi hatiku.. eww 


Air terjun buatan yang mengalir di tasik madu 


Tempat makan atas tasik...terapung dek tahanan kelong.cam sesuai untuk wedding dalam taman.. photoshoot. 


Teratai tak layu di tasik madu..kembang aje waktu pagi n malam..menguncup waktu panas 


Ni restoran terapung tu..nampak nice view gitu 


Indahnya alam sekeliling


Ade pool..nak mandi kene minta izin.. 


Antara aktivit berkumpulan yang dijalankan..membawa secawan air menggunakan kain sehingga ke check point yang ditetapkan..make sure jangan tumpah..tumpah repeat balik..cawan tu letak tengah-tengah dan berpakat lah sesama ahli bagaimana nak pastikan ianya tak tumpah sepanjang perjalanan. 


nak turun tangga ni mencabar sikit la sambil bawa air tu atas rentangan kain..slowly dan yakin..akhirnya berjaya sampai destinasi. 


selesai bawa air dengan kain...time for flying fox..aku terkecuali coz sedang pregnant.. 

sesi taklimat keselamatan dan penggunaan alatan

totally kursus kat sini..makanan yang disediakan oleh pihak cafe resort sangat sedap..semua pun setuju makanan di terbaik..kalau semingu dok sini mau membesar lagi badan ni..hahahah.
apapun kursus ni sangat bermanfaat dan memberi motivasi kepada peserta..kesedaran kan tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dipikul.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya